Seperti biasa, untuk ke KLIA 2, MY lebih prefer untuk menaiki KLIA Transit dari stesyen PUTRAJAYA SENTRAL [klik]. Bagi MY perjalanan ke KLIA atau KLIA 2 lebih mudah dengan menggunakan perkhidmatan ini. Tak perlu nak fikir pasal harga parking yang mahal dan keselamatan kereta dah.
Kedudukan TUNE HOTEL betul-betul berhadapan dengan KLIA 2 iaitu diseberang jalan. Jika dari KLIA 2, laluan berbumbung khas disedia sepanjang perjalanan kita ke TUNE HOTEL. Maknanya tak perlu nak cross jalan dah.
Maklumat ringkas TUNE HOTEL KLIA 2
- 10 minit berjalan kaki untuk ke kaunter check in di terminal airport KLIA2.
- 1.5 km dari KLIA, boleh menggunakan perkhidmatan KLIA-Ekspres, 3 min perjalanan dengan ERL.
- Perkhidmatan shuttle Skybus dari Tune Hotel ke KLIA main terminal hanya dengan RM2 seorang.
- WonderKafe restaurant dan café dibuka setiap hari (opening soon).
- 7-Eleven 24 hour (opening soon).
- 29 km ke Putrajaya, the Federal administrative centre of Malaysia.
- 11 km ke Sepang International Circuit.
- 167 parking kereta available dengan bayaran RM2.00/jam untuk 3 jam pertama, dan RM3.00/jam untuk jam berikutnya. Maximum RM36.00 untuk 24jam.
- Waktu untuk Check in : 2:00 pm keatas
- Waktu untuk Check out : 11:00 am
- Skybus Transport & Travel office. For ground transport and shuttle services to KL/Klang Valley, as well as local tours and transfers. Click for more info
- Green Building Index Certified.
Pandangan pertama kali bila menjejakkan kaki ke dalam TUNE HOTEL KLIA 2 ni seolah-olah membuatkan MY tergaman sekejap. *dah kenapa kan? Mana tak tergamam, dekorasi dan susun atur hiasan dalaman yang sangat-sangat mengujakan. *jauh dari sangkaan awal.
Front Desk ni pun dah boleh menceritakan bagaimana keadaan TUNE HOTEL KLIA2 ni sebenarnya. *Bagaimana pula dengan keadaan sekeliling kan?.
Ini keadaan sekitar Lobi TUNE HOTEL KLIA 2 nie.*amacam! apa korang rasa?. Mau tak ternganga korang tengok kemeriahannyakan.
Kemudahan seperti komputer dan internet juga korang boleh dapat di kawasan lobi TUNE HOTEL KLIA 2 nie.
Turut disediakan kiosk check in untuk AirAsia. Jadi tak perlu korang nak berlari ke KLIA 2 untuk check in. Hanya kat TUNE HOTEL ni pun boleh. Senang kerja kan. Jimat masa dan tenaga.
Waktu untuk Check in bermula dari pukul 2.00 petang lagi, tapi kami telah sampai di TUNE HOTEL KLIA 2 dalam pukul 5 macam tu.
Event akan bermula pukul 6.30. Jadi sekarang masa untuk masuk dan menikmati bilik yang mereka sediakan untuk kami. Jom kita lihat bagaimana pula keadaan bilik yang mereka sediakan.
Dekorasi bilik yang simple dan sangat cantik. Bilik, apa yang MY perasan bilik ni takada almari. Tapi bilik ni tidak gagal oleh kerana ketiadaan almari kerana tempat untuk mengangtung baju masih mereka sediakan dengan hanger. *mungkin untuk menjumatkan space kot
Bilik ni dianggarkan boleh muat untuk 2 orang untuk keadaan selesa. Tapi masih boleh masuk sehingga 3 orang. Untuk pengetahuan korang, kat TUNE HOTEL 2 KLIA 2 ni ada 3 jenis bilik semuanya.
Room Types :
312 Double Rooms
84 Twin Rooms
4 Family Room Type B
Kemudahan televisyen ni juga boleh mengelakkan korang dari bosan ketika berada di bilik.
Room Types :
312 Double Rooms
84 Twin Rooms
4 Family Room Type B
Kemudahan televisyen ni juga boleh mengelakkan korang dari bosan ketika berada di bilik.
Kalau yang ada bawa barang-barang berharga tu, korang tak perlu risau kerana kemudahan peti besi untuk simpanan barang-barang berharga korang. Tak perlu risau kalau nak keluar berjalan-jalan kat KLIA2 ke atau kemana-mana.
Kemudahan meja dan tempat untuk letak ludgage dan bag korang pun ada kat dalam bilik nie. *mungkin pengganti untuk almari kot.
Tandas di bilik ni tidaklah besar dan tidaklah terlalu kecil. Ianya sedang-sedang dan cukup selesa untuk bergerak. *sekadar nak bergelek inul pun boleh la jangan risau. ekekekeke.
Tandas di bilik ni tidaklah besar dan tidaklah terlalu kecil. Ianya sedang-sedang dan cukup selesa untuk bergerak. *sekadar nak bergelek inul pun boleh la jangan risau. ekekekeke.
Keadaan toilet juga sangat-sangat memuaskan. Cuma AWAS PINTU TOILET TAKDE KUNCI haha. Romantik sangat rasanya pintu toilet takleh kunci kan. *LOL takde kaitan statement kbai. Hair dryer pun ada, so tak perlu risau la bagi mereka yang suka keringkan rambut dengan hairdryer tu.
Tempat mandi pun boleh la nak masuk dalam 4 orang dalam satu masa. * eh motip sangat nak mandi sampai 4 orang sekali kan. kbai.
Tempat mandi pun boleh la nak masuk dalam 4 orang dalam satu masa. * eh motip sangat nak mandi sampai 4 orang sekali kan. kbai.
Kemudahan yang boleh dikatakan nyawa kepada manusia sekarang, *kalau tak ada boleh sesak nafas katanya. huhu. Jadi kat Sini memang ada kemudahan Wifi untuk sehari. password dan kata laluan berbeza mengikut bilik ya. huhu.
Jadi kami dah tak sabar nak attend event malam nie. Kat mana event tu agaknya ya? Jom kita jenguk-jenguk kawasan event tu. ehhehe.
Ha amacam? mesti korang tak sa abar nak tahu event apa yang kami nak attent nanti kan. So kalau nak tahu kena tunggu next entry. Sebelum tu MY nak tinggalkan sedikit contact info untuk korang senang akses ke TUNE HOTEL KLIA 2 nie.
Address :
Tune Hotel - klia2
Lot Pt 13, Jalan KLIA 2/2,
64000 KLIA, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 – 87871720
Website :
Jadi kalau korang dah ke TUNE HOTEL KLIA 2 ni jangan lupa ambil foto banyak-banyak dan share dengan #TuneHotelKlia2 .
23 Comments
Huishhh cantik sungguh hotel ni. Perrrgghhhhh. Dekorasi hotel ni buat ena tergamam sejenak. Merah hitam putih. Nice
ReplyDeletekan memang cantik
Deletecantik merah hitam warnanya...line dia ok tak..masa nad pergi klia2 masa treasure hunt linenya tak berapa ok..
ReplyDeletesaya guna U-mobile. Alhamdulillah ok
Deletearghhhh... best gile...!!!
ReplyDeletecantik lak tu..
ingat nak ajak ko. ko kan buzy p kenduri
Deletewah..mood bercuti..pulak ttibe2 kembali..
ReplyDeletehaha everyday adalah holiday. eh kbai
Deletecantiknya hotel tue. rasa nak design bilik sendiri jadi macam tue jugak lah. warna langsir dah sama dah tue.
ReplyDeletehaha lpasni bilik fyna leh la sewa, nnti dpt duit eh huhuhu
DeleteNice....
ReplyDeleteMacam best ja.. nak pi tidur sorang2 la nanti sebelum nek flight ke destinasi...
ReplyDeleteha kena p skang, ada promosi katanya tu
DeleteSmart! Memang nice kan? Tilam pun best! :)
ReplyDeleteP.S: Dah tu sapa yg mandi sekali 4 org ni? Hahaha!
ha tau xpe.. tula muat je. ahhha
Deleteserius lawa design
ReplyDeletebro bila nak try stay sini? hehehe
Deletecantik betul lobi hotel ni, dekorasi bilik pon simple tapi menarik. :)
ReplyDeletekan. sangat selesa
Deletegambar2 ko ni skrg dh superb sangat weh,jelly aku,bhahaha
ReplyDeleteoit gambar mana? gambar dalam toilet tu ker/ eh kbai huhuhu
Deletewah.. kaler tema merah hitam tu buat teman rasa macam nak pergi sana je.. heee
ReplyDeletewow sangan cantik dekorasinya..hitam merah..
ReplyDeleteaku selalu juga nakmpak tune hotel ni..
tapi x pnah la...stay kat sini..
bilik nampak supers! bilik air dia lg ar..x berkunci kan? ha..ha