FLORIA 2014 PUTRAJAYA | PUTRAJAYA FLOWER AND GARDEN FESTIVAL | Meriah nampaknya FLORIA tahun nie. FLORIA 2014 PUTRAJAYA telah membuka tirainya pada 14 Jun 2014 iaitu pada hari sabtu lepas dan akan berlangsung sehingga 22 Jun 2014.
Sedar tak sedar, tahun ni merupakan tahun ke 7 Putrajaya menjadi tuan rumah untuk Pameran antarabangsa bunga dan taman. Dan Perbadanan putrajaya telah memilih lokasi baru dan dikatakan ia akan menjadi tapak kekal untuk FLORIA .
FLORIA 2014 PUTRAJAYA kali ini mengetengahkan Bunga Begonia atau Bunga Asam Batu telah dipilih sebagai bunga tema Floria tahun ini. *kalau tak silap tahun lepas bunga kertas kot.
Jom kita tengok beberapa gambar taman dan hiasan dari peserta-peserta. Memang teruja giler MY tengok. *Tak menyempat nak ambil gambar. Maklumla dah 3 tahun tak datang FLORIA.
Festival Bunga Dan Taman, FLORIA 2014 PUTRAJAYA membawa tema, 'Taman Bertema' dimana menonjolkan hiasan bunga-bungaan dan taman mengikut tema seperti Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia. *macam -macam tema lagi korang leh tengok. memang meriah habis.
Serentak dengan itu Magic Of The Night Putrajaya juga diadakan pada sebelah malamnya. *serius sangat meriah dan menarik.
Bertempat di Persisiran Tasik dan Marina, Presint 4, Putrajaya. Malam Magic Of The Night, FLORIA 2014 PUTRAJAYA pula bertemakan 'Colours Of Harmony' masih menyajikan tarikan utamanya iaitu persembahan hiburan cahaya dan bunyi disamping perarakan bot berhias serta disudahi dengan keindahan pertunjukan bunga api yang berwarna-warni.
Alkisahnya pulak bila jumpa kawan-kawan lama masa study kat UPM dulu. *sekarang dah keje mantap-mantap dah. *MY je krik krik krik huhu
Ha ni pulak Peja, ore klate jugok. Hok aloh. huhu. Satu fakulti jugak. Tapi dulu dia ni student Architect. Ha amacam? hebat tak? hebat tak kawan-kawan MY ? Hoi hoi jangan kenyit mata. *dua-dua dah berpunya. hihi. Masa MY jumpa ni pun diorang dengan pasangan masing-masing. *eh hope korang tak nanges.
Ha mai MY perkenalkan. Ni bekas roomate MY masa kat Kolej Sepuluh UPM dulu. Satu Fakulti dengan MY. tapi dia ambil course Landscape Architect. Nama dia Palie. Femes dengan Palie Everywhere. hihi
Kali ini FLORIA 2014 PUTRAJAYA tidak lagi percuma seperti tahun-tahun yang lepas. Bayaran masuk RM3 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Dibuka Isnin - Khamis (9.00am ~ 10.30pm) dan Jumaat - Ahad (9.00am ~ 12.00am)
11 Comments
tak sabau nak gi jumaat neh..! hehehe
ReplyDeleteg sabtu ah. ke ahd ke. hewhew
Deletesuper nice! tambah2 1st gambar.hehe
ReplyDeletewahhhh best giler!!
ReplyDeleteTak sabar nak gi shoot siang... Adoi
ReplyDeletepernah pergi sekali time tu tema bunga orkid..
ReplyDeleteCuaca boleh tahan panas tetap mengagahkan diri untuk mengeledah Floria Putrajaya 2014.
ReplyDeleteMacam best je pegi hr minggu ni ..suka jln wakktu mlm
ReplyDeletemesti pergi...
ReplyDeleteharap2 sempat ler singgah hujung minggu nanti
N dah sampai sana.. best sangat sampai hangus kulit ni duk berjalan-jalan nikmati pemandangan landskap yang menarik :D
ReplyDeletedo you have the contact number for the company who design the container
ReplyDelete