BUFFET RAMADHAN LAMAN KAYANGAN | BUFFET BERBUKA PUASA SHAH ALAM 2014


BUFFET RAMADHAN LAMAN KAYANGAN | BUFFET BERBUKA PUASA SHAH ALAM 2014 | Hanya beberapa hari lagi ramadhan yang dinanti-nanti oleh seluruh umat islam bakal bertemu kita lagi. Beberapa minggu lepas, MY sempat menghadiri Soft Launching Buffet Ramadhan di Laman Kayangan, Lokasi di Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor Seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Jangan risau, tempat ini sangat strategik dan mudah dicari. *bersebelahan dengan tasik seksyen 7 menghadap UNISEL.

Sepertimana yang ramai ketahui, Laman Kayangan merupakan tempat popular untuk majlis resepsi perkahwinan. Jadi, Suasana Majlis Perkahwinan, itu adalah konsep buffet ramadhan yang cuba dibawakan oleh mereka. Untuk pengetahuan korang. Laman Kayangan adalah anak syarikat dibawah Segi Seri Group yang terkenal dengan catering perkahwinan.
Laman Kayangan menyediakan pelbagai jenis makanan ala kampung dengan suasana majlis perkahwinan. Disini terdapat pelbagai juadah yang boleh dinikmati oleh pengunjung untuk merasa masakan kampung seperti di dalam majlis perkahwinan.

Juadah istimewa yang kami tawarkan seperti Menu kambing Panggang setiap hari dan pelbagai juadah istimewa termasuk menu Malaysia kontemporari termasuk kerabu, arca, sambal ikan bilis, sup ayam, sate, nasi beriani, sup ayam berempah, ayam masak merah, kurma daging dan banyak lagi yang pasti membuatkan pengunjung yang datang ke sini terliur dengan sajian yang disediakan.

Penambahan juadah yang cuba dilakukan dari buffet ramadhan tahun lepas adalah mereka cuba membawa makanan jepun iaitu sushi. Ini sudah menjadi satu kelainan dalam Buffet Ramadhan yang tersedia ada di tempat lain.

Selain dari menu sushi, nasi pandan juga merupakan juadah istimewa di sini dan anda wajib rasa.

Apa yang menariknya disini pengujung juga dapat merasai sendiri pengalaman berbuka puasa seperti di dalam suasana majlis perkahwinan bersama ahli keluarga, pasangan dan sahabat handai. Jadi bagi sesiapa yang mengidam atau teringin untuk merasai juadah seperti di dalam majlis perkahwinan boleh datang ke Laman Kayangan.

Harga bufet Ramadan di Laman Kayangan Shah Alam, untuk individu dan juga secara berkumpulan. 
JANGAN LEPASKAN TAWARAN SEBELUM RAMADHAN !!!
PROMOSI TEMPAHAN SEBELUM BULAN RAMADHAN KAMI MENAWARKAN:-
RM 50.00/ PAX
RM49.00/ PAX (10 ORANG KEATAS) booking sebelum 29/6/2014
HARGA ASAL RM59.00
JOM BUAT TEMPAHAN SEBELUM RAMADHAN BAKAL TIBA TIDAK LAMA LAGI.
kami menyediakan tempahan untuk buffet ramadhan pada tahun 2014 dan kami menawarkan harga serendah RM59.00/pax dengan pelbagai juadah yang disediakan
Tempat solat sudah tentu disediakan untuk semua yang hadir. Dan untuk makluman, Segi Seri Sdn Bhd mempunyai Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bagi makanan dan minuman yang disediakan.

Okay, jangan lupa bagi mereka yang berbuka puasa di Laman Kayangan, boleh rujuk details di bawah:

Segi Seri Sdn Bhd

Wisma Segi Seri,
No. 38A,
Jalan Pelabur A, 23/A, Seksyen 23,
40000 Shah Alam, Selangor

Tel : 03 – 5542 4200 / 5542 4250
012-6864515 / 012-6981793 / 013-3978411
Fax: 03 – 5542 4260 / 55424270
www.segiseri.com/ramadhan2014



Post a Comment

4 Comments

  1. menjamu selera di bufet ramadhan memang menjadi pilihan warga kota kerana sering saja ada juadah kampung style/ tradisional .....itulah yang menjadi tarikan dan tempat selesa . Rebutlah peluang mencari lokasi berbuka puasa anda melalui foodreview oleh blogger pastinya terbaik !

    ~PCL
    http://www.nazlee.com
    http://gelagatorang.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Bermacam menu disediakan. Sesuai untuk bawa famili atau bersama rakan sekerja berbuka disini.

    ReplyDelete