PELAYARAN STAR CRUISE LIBRA BERSAMA PAK NIL | PHUKET SHORE EXCURSION | Sedar tak sedar dah hari ke tiga kami berkampung kat atas STAR CRUISE LIBRA ni. *apa ya agaknya aktiviti kami hari ke-3 ni?
Seawal 9.00 pagi kami dah mula Morning Dancercise bersama cruise staff di pool deck, deck 9 dan terus kepada aktiviti “FUN WITH PAK NIL”.
Hahahaha gelak je bila tengok diorang ni *tapi yang penting diorang ni memang sempoi, sporting habis. Memang terbaiklah. Lepas je aktiviti habis, terus lunch dan bersiap-siap nak berjala-jalan di PHUKET. *yeay, PHUKET aku datng hohohoho.
PHUKET SHORE EXCURSION | Ini merupakan pertama kali MY menjejakkan kaki di bumi PHUKET. Memang tak pernag terfikir akan sampai ke PHUKET ni dengan menaiki STAR CRUISE LIBRA. Alhamdulillah.
Destinasi pertama kami adalah ke T-Shirt outlets. Dikhabarkan di sini harganya sangat murah berbanding di tempat lain di PHUKET. Dan yang paling penting, kualiti nya adalah sangat bagus
Telan air liur tengok pelbagai design yang di pamerkan di dinding kedai ni. If berkenan just tunjuk kat pelayan kedai tu nanti dia kan tolong korang ambil.
Yang menariknya pakaging T-shirt kat sini adalah dalam bentuk plastik yang berbentuk silinder. Memang sesuai la if nak bagi hadiah kat kawan-kawan ke apa kan.*tak perlu nak bungkus dah.
Seterusnya kami dibawa ke JUNGCEYLON dan sekitarnya. Jadi dari sini juga kami mengambil peluang ke Patong Beach.
Sepanjang perjalanan kami dari JUNGCEYLON menuju ke PATONG BEACH. Sempat juga menyinggah usha-usha cenderahati mana tau ada yang berkenan kan. *akhirnya teratai layu di tasik madula, sebab duit bawak tak banyak huhu. Tengok sambil gigit ibu jari huhu.
Banana Walk, serius cantik tempat nie. Sesuai sangat jadi tempat lepak-lepak budak-budak muda kan.
Yeay, akhirnya sampai juga di Patong Beach. *wowo mat minah salleh berbikini ouch. tetiba rasa runtuh iman ni. huhu.
Bila dah penat berjalan, perut pun dah berkeroncong. *apa lagi masa untuk makan la kan. Memandangkan duit tak banyak, kami ke KFC berdekatan je. Alhamdulillah, dapat alas perut un dah ok .
Okay masa sangat mencemburui kita, so apa lagi jom balik ke bas. *kan nanti lambat-lambat kena tinggal.
Yeay, akhirnya sampai juga di Patong Beach. *wowo mat minah salleh berbikini ouch. tetiba rasa runtuh iman ni. huhu.
Bila dah penat berjalan, perut pun dah berkeroncong. *apa lagi masa untuk makan la kan. Memandangkan duit tak banyak, kami ke KFC berdekatan je. Alhamdulillah, dapat alas perut un dah ok .
Okay masa sangat mencemburui kita, so apa lagi jom balik ke bas. *kan nanti lambat-lambat kena tinggal.
*ayoooo ada pasar malam ker? Betol-betol dekat dengan cruise kami ada pasar malam. huhu.*okay abaikan, buat-buat tak nampak je.
Sempat juga tourguide kami bawak kami round-round PHUKET. Walaupun mata dah mengantuk tahap gaban, MY gagahkan jua.*yelakan rugi kalau tak gunakan peluang betul-betul. Bukan selalu dapat ke sini.
Kami naik awal atas kapal. Bersiap-siap untuk aktiviti malam ni pulak. *eh kbai huhuh
Entry berkaitan:
6 Comments
Rindu gila nak pergi Phuket lagi. Hihihi. Eh ! Pakcik wholesaler baju tu ada tunjuk tshirt Pisang tak ? Kekekeke. :P
ReplyDeletehahaha itu wajib dia tunjuk. top sale katanya huhu
DeleteHahaha itulah pasal ! Konon yang paling laris tu. Seram je nak pakai. :P
ReplyDeleteSungguh frust. Korang tinggalkan aku
ReplyDeletePengalaman yang menyeronokkan sampai juga ke Patong.
ReplyDeletePErghh mantap... Untungnyer jalan-jalan..
ReplyDelete