PELAYARAN STAR CRUISE LIBRA BERSAMA PAK NIL | Hari Pertama

PELAYARAN STAR CRUISE LIBRA BERSAMA PAK NIL | Hari Pertama | Perjalanan kami bermula dengan menaiki bas dari Berjaya Times Square menuju ke Penang International Cruise Terminal untuk menaiki STAR CRUISE LIBRA

Bak kata orang, ‘sambil menyelam, minum air.’ Begitulah yang dirasai MY apabila berpeluang mengikuti program pelayaran STAR CRUISE LIBRA BERSAMA PAK NIL ke Langkawi dan  Phuket di Thailand.

Program ini adalah anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel (MHTT) dan Santai Travel bertujuan memperkenalkan pakej mesra Muslim di atas kapal persiaran. Apa yang enariknya, pakej itu telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pakej yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu memberi peluang kepada kami untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di atas kapal persiaran mewah iaitu STAR CRUISE LIBRA yang berwajah baharu setelah menjalani proses ubah suai.

*okay kami dah sampai dan berada atas STAR CRUISE LIBRA dah pun, woah bagai mimpi pulak. huhu . Ni merupakan pertama kali MY naik CRUISE. Memang tak pernah terfikir pun dapat naik CRUISE ni. Alhamdulillah. Jadi Masa untuk check in dan masuk ke bilik kami.

Card ni adalah pengganti kepada ic dan dompet kita. Sekarang ia adalah ic dan dia juga sebagai dompet kita. *ala-ala kredit kad dah nie. Segala urusan di atas STAR CRUISE LIBRA ni hanya boleh dilakukan dengan kad ni.

Okay. nila bilik kami. Bilik ni sebenarnya boleh muat untuk 4 orang. Katil sebelah atas boleh di lipat untuk disimpan. Jadi masa di bilik sangat pendek kerana kami perlu ke majlis MEET & GREET + PHOTO SESSION WITH PAK NIL.

MEET & GREET + PHOTO SESSION WITH PAK NIL |  telah diadakan di Stardust Lounge,deck 5. Sesi ini merupakan sesi pertama Pak Nil bersama peminat-peminatnya. *kata orang sesi ice breaking gitu ha. Semasa aktiviti ni berlansung, peserta dan media di serve dengan Afternoon Tea and Snacks.

Selepas aktiviti pengenalan bersama Pak Nil ni berlangsung, kebanyakan peserta dan media telah balik ke bilik masing-masing untuk berehat dan bersedia untuk “SONGKRAN SPLENDOR SAIL AWAY PARTY" yang akan diadakan pada pukul 6.00. Ada juga yang mengambil peluang untuk bersiar-siar sekitar kapal. *kami apa lagi terus ke bilik la kan, check timetable dan get ready nak main air petang tu hehe.

SONGKRAN SPLENDOR SAIL AWAY PARTY | Acara ni telah berlangsung di pool side yang berada di deck 9 kapal. SONGKRAN SPLENDOR SAIL AWAY PARTY ni juga dimeriahkan dengan kehadiran captain Star Cruise Libra dan Pak Nil sendiri.

SONGKRAN is a term derived from the Sanskrit saṅkrānti (or, more specifically, meṣa saṅkrānti). It may refer to the traditional New Year celebrated in Thailand and several Southeast Asian countries when the sun transits the constellation of Aries, the first astrological sign in the Zodiac, as reckoned by sidereal astrology:_ wikipedia.org


*pergh dah lama tak main air, main simbah-simbah je walaupun tak kenal sapa-sapa kan. ahhaha Selepas puas main simbah-simbah air, kami terus ke tempat yang menyediakan makan malam berkongsepkan BBQ diaitu di sebelah pool je. Makanan yang disediakan adalah dijamin halal dan boleh dimakan oleh orang muslim.*udang dia besar-besar, 3 round MY bedal hahah. Terbaik

Saat matahari terbenam adalah masa yang dinanti-nantikan oleh ramai orang yang naik ke Star Cruise Libra ni. *Subhanallah, sangat cantik . Tambah pula bila kapal ini dalam keadaan sedang berlayar. *Wah, tak pernah terfikir untuk berada pada keadaan ketika itu. Alhamdulillah.

--------------------

ShowTime : Richard Burr and Josette | Pada pukul 8.30 malam peserta di sajikan dengan persembahan silap mata dari Richard Burr and Josette di Stardust Lounge yang berada di deck 5.

Selepas itu kami berpeluang untuk bersiar-siar mengambil angin malam di pool side deck 9. *waaaaa sangat best. Dan sempat pula kami main pim pong dan ber jakuzzi. Alang-alang dah naik Star Cruise ni kena la rasa kan. *eh huhu

*mohon kesat darah hidung korang, erkkk ahhahaha. Last aktiviti kitaorang untuk hari pertama atas StarCruises Libra ni. So, nantikan entry Hari kedua untuk aktiviti yang lebih best. haha.

Post a Comment

4 Comments

  1. Bestnyaaaa! Nak juga naik sekali. Tak pernah bermalam dalam kapal mahupun cruise.. hurmmmm

    ReplyDelete
  2. Seronoknya :)
    Bila dpt peluang mcm ni

    ReplyDelete