CASUARINA @ MERU HOTEL TEPI LEBUH RAYA | HOTEL MEMPUNYAI PAKAGE PIT STOP



CASUARINA @ MERU HOTEL TEPI LEBUH RAYA | HOTEL MEMPUNYAI PAKAGE PIT STOP | 17 May di Ipoh LEPAS, sidang media telah diadakan bagi memperkenalkan Casuarina@meru Hotel yang terletak di bandar Meru Raya Ipoh Perak. En. Malizan Hj Zakaria yang  merangkap GM Casuarina@Meru mewakili Casuarina@Meru untuk sidang media kali ni. Untuk jemputan kali nie MY diganti oleh seorang sahabat blogger, iaitu Zulhilmi [klik]. Beliau juga pergi mewakili blog www.projektravel.com [klik]. * terima kasih ZUL

sahabat media di CASUARINA @ MERU HOTEL
sahabat media
Walaupun admin tertidur sepanjang perjalanan ke CASUARINA @ MERU HOTEL ni, admin dapat rasakan yang terlalu mudah untuk sampai ke sini. Ini oleh kerana CASUARINA @ MERU HOTEL ni berada betul-betul bersebelahan dengan Terminal Amanjaya dan Pasaraya Besar Mydin.

CASUARINA @ MERU HOTEL
CASUARINA @ MERU HOTEL - foto www.casuarinahotels.com.my
Untuk pengetahuan korang, Bandar Meru Raya menghubungkan kedua-dua arah dari utara mahupun selatan, dengan mengambil laluan susur keluar plaza tol Jelapang. Jadi kedudukannya betol-betol berada di sebelah highway.

Bilik di CASUARINA @ MERU HOTEL
Bilik di CASUARINA @ MERU HOTEL - foto www.casuarinahotels.com.my
Design bilik yang serba baru, CASUARINA @ MERU HOTEL ni baru sahaja 6 bulan beroperasi dan yang ohsemnya, dah ramai yang tergila-gila nak datang lagi. Ok, di sini mereka ada menawarkan ada 5 jenis bilik semuanya iaitu , Superior, Deluxe, Studio Suite, Family Suite, dan Premier Suite.

Bilik 607

Dengan konsep moden kontemporari, semua bilik adalah luas dan dilengkapi dengan ciri-ciri bilik tamu mewah. Digabungkan dengan layanan yang mesra dan perkhidmatan yang bereputasi, penginapan anda dengan CASUARINA @ MERU HOTEL benar-benar akan menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan dan bermakna.

Bilik air
------------------------------

Awas, baik-baik yang memandu di lebuhraya tu. Jika mengantuk!!!! berhati-hatilah ketika memandu. Berhenti berehat, atau anda boleh singgah ke CASUARINA @ MERU yang turut menyediakan pakej Pit Stop yang dicaj mengikut jam. Sekurang-kurangnya anda boleh refreshkan diri, tenaga. 

Menu di CASUARINA @ MERU HOTEL
Sebagai seorang yang mementingkan tentang penjagaan pemakanan, admin sangat meneliti kalori dan lori yang admin ambil. So far banyak jugak makanan menyihatkan yang disediakan. Yang menariknya di CASUARINA @ MERU ni menu yang di sediakan mengikut hari dan tema yang tertentu. Jadi tak ada la bosan menghadap benda yang sama kan.Tema-tema nya adalah seperti berikut :
  • Isnin - Taj mahal (north Indian Cuisine)
  • Selasa - Greate Wall Of chinese (Chinese cuisine)
  • Rabu - Banana Leaf (Curry House Of cuisine)
  • Khamis - Selera kampung (Malay Cuisine)
  • Jumaat - Pisa ala mamia (Italian Western Cuisine)
  • Sabtu - Sizzling, BBQ & SteamBoat.
  • Ahad - Around The World.
chef-chef yang terlibat
Makanan yang disediakan memang menyelerakan. Dan yang paling penting rasa kesedapan yang boleh membantu kita tidur dengan lena selepas makan. Jadi, kat sini admin ada hidangkan sedikit gambar untuk tatapan korang. *Jangan tengok ja lepas ni. Start enjin terus .





dessert
antara menu baru di sini
Untuk maklumat lanjut mengenai ni korang boleh geledah website mereka di www.casuarinahotels.com.my [klik] . 

Barisan tulang belakang CASUARINA @ MERU HOTEL - foto santai travel
Sahabat Media- foto santai travel
Jadi apa lagi, mulakan perjalanan anda sekarang ke CASUARINA @ MERU HOTEL . hehe. 


Post a Comment

4 Comments

  1. cantik sungguh gambar2 yang diambil. Hotelnya pun menarik. Hehe, terbaiklah

    ReplyDelete
  2. Pengen rasanya menempati rumah mewah ini, tapi apalah daya rakyat jelata macam saya... Yang penting blogwalking... Salam dari Pulau dollar

    ReplyDelete
  3. terbaiklah..gmbr gmbr pon cantek..bilik pon nmpak cozy..huhu

    ReplyDelete
  4. Part makanan yang tak tahan tu..

    ReplyDelete