Dimana Nak Cari Pisang Goreng Cheese | Sanggar Cheese Yang Sangat Sedap


Dimana Nak Cari Pisang Goreng Cheese | Sanggar Cheese Yang Sangat Sedap | 3 tahun lepas pernah MY menjejakkan kaki ke bumi Bandung, Indonesia. Sangat teruja dengan kehidupan disana, suasana hidup rakyat dan macamana mereka mencari rezeki untuk mengisi perut. Sangat berbeza dengan Malaysia. *ok kita taknak cerita tentang itu, tapi ada sesuatu hehe.  Apa yang MY teruja apabila dapat rasa satu makanan yang MY kita ketika itu adalah pertama kali mendengar tentang kewujudannya.

"Pisang Keju"

*wow, dengar pun dah tertelan air liur kan. Memang sedap, sampai kan sekarang, kalau ada yang ke Indonesia, mesti akan MY kirim yang jenis Pisang Cheese kering tu ha. Haritu nak dijadikan cerita, semasa MY ke Tawau. Terjumpa gerai menjual Pisang Goreng Cheese nie dekat area kawasan rekreasi air terjun di Tawau nie. haha *memang teruja.

Memang nasib la kakak tu kena temuramah oleh kami kan. *kebas mulut kena jawab soalan kami hahaha Maklumla, ada diantara kami memang tak pernah sentuh dan tahu pun pasal Pisang Goreng Cheese nie.*banyak sangat soalannya, teruja katanya

Apa yang buat kami terkejut, hanya RM3 *huh banyak tu. Kalau kat semenanjung ni, pisang goreng biasa yang kontot-kontot tu pun baru berapa ketoi dapat haha. Alhamdulillah rezeki makcik tu, berbungkus-bungkus kami beli bawak bekal untuk pusing-pusing Tawau. hehe.

*amacam tergoda letew. Cuba jugak mencari kat semenanjung ni kalau-kalau ada kan. Tapi tak jumpa. Tapi ramai member facebook MY kata yang dekat semenanjung ni dah bersepah orang jual hahhah.

*erkkk, apakah? hurmmm. adakah aku baru keluar dari gua dari pertapaan ku? Kenapa MY tak tau hurmmm. Apapon memang kena pergi cari. Kalau di research kt internet, dah macam-macam jenis dah pisang cheese nie orang dah buat. *tapi kalau dapat makan yang pure dari Indonesia or sabah lagi best kan. 

Jadi kalau, ada mana-mana pembaca blog ni tau kat mana-mana ada jual Pisang Goreng Cheese best leh la suggest kat MY. Bukan apa leh la nanti mark untuk pergi review kan. *Untuk sapa? untuk share dengan korang jugakkan. hehe. Sharing is caring *betol tak? hehe





Post a Comment

22 Comments

  1. salam. dekat sabah banyak pisang cheese ..pisang pappek pun ada :)

    ReplyDelete
  2. Haha. Aku pun baru tau ada satu kat area Putra Perdana, Puchong. Bukan setakat pisang, keropok lekor cheese pun dia jual!

    Dulu RM 3 utk 10 ketul...sekarang dah RM 4. sebab nampak kat signboard dia. hahaha

    ReplyDelete
  3. dekat jb nie dah merata jugak orang jual..kat tpt sy ada jual yang special punya..sedap...

    ReplyDelete
  4. Teringin jugak nak cuba madi.macam best tengok orang lain makan kan...

    ReplyDelete
  5. Sedap tu ...
    Akak biasa buat jugak untuk anak2 ...
    Parut cheese banyak2 kat atas tu ..
    alahai meleleh ler makan ..Sedap2 ...
    Kat Kuantanni ssh jugak nak cr tak pernah lg la jumpa yg jual tepi jln ..
    Kalau kat hotel atau restoran tertentu ada lerr ..

    ReplyDelete
  6. ehhh!?!!?!? Dah ada ke dekat sinii ishhh pisang keju sedap gila nak matiii aaaa TT_TT
    rasa nak nangis je bila makan tu hikhik.
    Nanti review roger qila ye MY hihihi :D :D

    ReplyDelete
  7. dtg dekat menara mara yg baru kat jln tunku abdul rahman tu...naik tgkt 3 ade ffod court..beli kat kedai sabah ok :) so sedappppppppppppppppp!

    ReplyDelete
  8. hii..x baik tau..terliuq acu tengok nih...slurp..telan ayaq liuq...

    ReplyDelete
  9. ni kalo ado kek nismilan ni, mmg setiap potang den boli....

    ReplyDelete
  10. wohaaa..sedap tu..dah lama x makan goreng pisang...

    ReplyDelete
  11. Tudia, siap ada pisang goreng cheese ni...

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum....MY,

    sedap nyer... pisang goreng cheese.. mana nak dapat nie.. mselim3 blom pernah makan lagi nie.. kat johor xder...

    mselim3

    ReplyDelete
  13. SERIOUSLY BANDUNG BEST GILA! RASA NAK REPEAT BANYAK KALI OH....EH,ORE KELATE GAK KE?

    ReplyDelete
  14. x[ernah try.. terliur tgk.. pernah tengok org jual, ingatkan xsedap.. ramai gak yg respond benda ni sedap kat fb

    singgah sini.. moga blog ni dimurahkan rezekiii.. aamiiin

    ReplyDelete
  15. first time dengar pisang goreng cheese ne.
    tak pernah dgr, x pernah rasa..haha

    ReplyDelete
  16. Area tawau sabah pisang goreng chesee yang sedap anda boleh berkunjung ke gerai tomyam terkenal ditawau dekat highway...memang sangat sedap pisang cheesenya

    ReplyDelete
  17. Nak promote lagi selain pisang chesee..kat gerai tomyam yang jual pisang cheese tu jugak menjual ubi shake...memang sedap n rangup cubalah bila berkunjung ke tawau

    ReplyDelete
  18. aku dh muak dah.. haha.. punca kegemukan aku duk sabah

    ReplyDelete
  19. kalau kt JB tu search je kt google - JB pisang cheese

    nnti jumpe link ni paling atas..
    siap ade delivery lagi

    https://www.facebook.com/JbPisangGorengCheeseCoklatDelivery

    ReplyDelete
  20. try kt cni..area puchong perdana..

    https://foursquare.com/v/puchong-pisang-goreng-cheese/54512651498e7a776d360a62

    ReplyDelete