Pengalaman Pertama Kali Makan Kuih Dorayaki | Asal Usul Dorayaki

Pengalaman Pertama Kali Makan Kuih Dorayaki | Asal Usul Dorayaki | Selepas lawatan bersama sahabat media melihat pameran 100 Secret Gadget Doraemon, kami telah di jamu dengan makanan favourite Doraemon. *Hoh apa tu? Pada yang minat Doraemon tahu la kan.* ha apa lagi Dorayaki la. Ha amacam teruja tak? Sapa pernah rasa Dorayaki nie?

Namun, tahukah Anda, ada kisah menarik di balik kuih yang bulat lagi tembam yang bentuknya mirip muka MY tu? *eh kbai

Di negeri asalnya, Jepun, sejarah dorayaki hadir dalam berbagai versi. Salah satunya, ada hubung kait dengan samurai bernama Saito Musashibo Benkei. Beliau juga dikenali sebagai pencipta sebenar Dorayaki. Kononnya, Dorayaki ni tercipta pada masa peperangan di Negara Jepun. *kononya la kan

Benkei yang pada masa itu tercedera, telah diselamatkan oleh masyarakat Jepun dan telah dirawat di rumah salah satu penduduk ketika itu. Setelah sembuh, beliau telah membakar adunan dari campuran tepung gandum dan air di atas gong.

Hasilnya, adalah kuih bulat berisi kacang merah yang disebut Dorayaki. Kuih Dorayaki tersebut telah diberikan Benkei kepada penduduk yang merawatnya sebagai ucapan terima kasih.

Kisah itu memang tak boleh dibuktikan kebenarannya. Namun, awalnya dorayaki memang hanya berupa selembar adonan roti bulat yang bahagian tepinya sedikit dilipat. Bentuknya pun jadi segi empat. Bagian tengahnya, diberi olahan kacang azuki.

Tahun 1914, perusahaan kuih bernama Usagiya memperkenalkan balik Kuih Dorayaki . Dan ia telah menjadi populor di seluruh pelosok Jepun. Dorayaki juga dikenal dengan nama Mikasa di Daerah Kansai.

Kini, Dorayaki banyak mengalami inovasi. Para penjual telah memvasiasikannya dengan sentuhan pelbagai rasa seperti cokelat, keju, rasa buah-buahan dan sebagainya. Bentuknya beraneka. Ia pun tak hanya ada di Jepun. *ha buktinya ia ada di Malaysia dan aku telahpun merasainya. eh lalalalala. *dengar citer Dorayaki nie sangat mendapat tempat di hati rakyat jiran kita Indonesia.

Hurmm nampak gayanya Dorayaki ni tak kena dengan selera MY. huhu. * mungkin dah kenyang sangat kot masa makan nie. huhu. Tapi ramai jugak member-member MY dok kata yang Dorayaki ni rasa dia memang tak menepati citarasa kemelayuan lah huhu. *oh melayu sangat kan.  Apapon terima kasih kerana sudi memberi peluang pada MY merasai Dorayaki nie. * sekurang-kurangnya tahu la kan apa yang Doraemon suka sangat tu. huhu.

RM5 katanya sebijik Dorayaki ni kat 100 Doraemon Secret Gadgets Expo [klik] kat Viva Home tu. Kalau korang nak rasa Dorayaki nie leh la ke sana ya. hehe. Rasa tulin punya, *pure dari Jepun agaknya huhu.

p/s: ada plak member MY sorang ni kata, atuk dia cakap, si Doraemon ni suka makan Kuih Bahulu sebenarnya. huhu.

Post a Comment

12 Comments

  1. Hahahaha...cm siot kuah bahulu kot weehhh

    ReplyDelete
  2. dah pernah makan masa keja dgn japun dulu, pekat sangat kacang merah (eh betoi ker kacang merah?), tapi tekak saya lalu jer, memang jenis pantang, Pantang Jumpa terus Bedal

    ReplyDelete
  3. Hahaha, tengok cara makan pon cam tak sedap. hehe. bukan untuk tekak melayu. hehe

    ReplyDelete
  4. tgk dorayaki tu mcm sedap jeeee...xsedap ke?hahaha...

    ReplyDelete
  5. hah cam best je..bak satu..hehehe

    ReplyDelete
  6. suka inti kacang...sedapnya...

    ReplyDelete
  7. kuih bahulu ikan ke? ahahahahahaha

    ReplyDelete
  8. kuih bahulu ikan ke? ahahahahaha

    ReplyDelete
  9. teringin juga nak rasa dorayaki ni. Tengok inti dorayaki macam pau je.

    ReplyDelete
  10. Dah mkn dah 2 tahun lps...bkn x sdap lnsung...sedap jgk...ade mcm2 flavor..coklat, kaya,bluberry,peanut...kt tesco pun ade jual

    ReplyDelete