Pengalaman Berbekam Di Rumah


Pengalaman Berbekam Di Rumah | Alhamdulillah pertama kali merasai sendiri pengalaman berbekam nie. Kalaula selama nie hanya mampu lihat dan baca aja pengalaman orang, tapi kali ni berbeza. huhu.

Aku berbekam di Rumah.Berbekam bersama dengan house mate, jadi tak adalah gemuruh sangat kan. Memang takut dan gemuruh juga sebenarnya, especially bila dengar rawatan ini akan disusuli dengan cucuk2 jarum pada tempat bekam atau setengah tempat menoreh dengan pisau nipis. Memang lah boleh membantutkan hasrat ingin mencuba.

HIJAMAH ATAU BEKAM ADALAH PENGELUARAN DARAH DARI KULIT DENGAN JALAN PENGHISAPAN KEMUDIAN PENYAYATAN RINGAN PADA KULIT BAGIAN LUAR (EPIDERMIS) KEMUDIAN PENGHISAPAN SEKALI LAGI, SEHINGGA DARAH KELUAR.

Selama ini, MY fikir part yang dicucuk itu yang sakit, sebenarnya tidak. Tetapi pam ini yang aku terasa sakit. Bukan sakit melampau,

Selepas 5-10 minit, cup itu dibuka semula. Kali ini barulah kawasan bekam dicucuk dengan jarum bagi membolehkan darah keluar dengan lebih lancar. Tempat ini menggunakan glucose check needle, jarum yang doktor gunakan ketika nak cucuk jari kita untuk test kencing manis tu. Jadi takdelah sakit sangat, sebab jarum ni memang sangat halus. Aku rasa macam dia cucuk beberapa kali pada satu kawasan bekam, sebab ia diulang berulangkali. Tak sakit, tetapi ada kawasan tertentu lebih terasa kerana sesetengah tempat di badan kita mempunyai deria sakit yang lebih. *kawasan pinggang sedikit sensitif, yang lain-lain tu okay

Sekarang barulah darah mulai keluar. Menurut si pembekam, badan MY banyak kolestrol dan juga banyak angin.

Darah dibiarkan keluar lebih kurang 5 minit, sebelum langkah membersihkan cup dan mengulang bekam dilakukan. Cup dibuka semula dan dibersihkan. Manakala aku dicucuk sekali lagi sebelum cup dipasang semula. Darah dibiarkan keluar selama lagi 5 minit sebelum cup bekam betul-betul dibukan dan dibersihkan.

Proses pembersihan dilakukan dengan mencuci luka dengan alcohol swipe. Kesan lebam sangat ketara dibahagian yang lebih banyak darah keluar. *biru woooo. Dikatakan, kesan bekam akan hilang dalam masa 2-7 hari, mengikut kondisi individu. Pagi esoknya nak pergi kerja, pedih-pedih sedikit kesan tempat cucuk semalam bila kena air sejuk masa mandi wuhuhuhu.
Adalah difahamkan bahawa amalan berbekam ini pernah menjadi amalan Rasulullah S.A.W dan dilakukan oleh orang-orang Islam sebagai cara untuk mengeluarkan penyakit. Hampir lapan ratus tahun dahulu apabila orang-orang Melayu menerima ajaran Islam, mereka juga turut menerima amalan berbekam daripada orang-orang Arab tetapi menggunakan cara atau kaedah orang Melayu sendiri.

Manfaat Berbekam :

*Mengeluarkan Darah yang Kotor

*Menambah Daya Tahan tubuh

*Menambah Kemampuan Berfikir

*Meringankan Otot yang kaku

*Menajamkan Penglihatan


Untuk dapatkan Khidmat Bekam Sunnah Ke Rumah Anda Hubungi :-
Asyraf (019-9978427)

Lokasi :
Sekitar Putrajaya dan kawasan berdekatan.

Waktu Operasi
Isnin-Jumaat : 6.00ptg - 8.00mlm
Sabtu & Ahad : 10.00pg - 5.00ptg

Post a Comment

12 Comments

  1. teringin nak berbekam,tapi takut..

    ReplyDelete
  2. bekam nie sunnah..Sapa mengamalkan sunnah dapat pahala, Insya Allah penyakit boleh sembuh...

    ReplyDelete
  3. bekam ni nampak je mengerikan. tapi xsakit pun. cume gatal sikit pada permulaannya

    ReplyDelete
  4. ramai yang kata bagus.....lagipun tujuannya untuk buang darah kotor kan.... mesti ringan je badan tu kan....

    ReplyDelete
  5. menarik ni. macam nak cuba lah.. apa rasanya lepas berbekam tu? ringan ke, kolestrol rendah ke?

    ReplyDelete
  6. Nnt Blh contact sy yer...di Talian yg Mawardi attach tu...

    ReplyDelete
  7. tgk seriau laa//tp org kate mmg elok.

    ReplyDelete
  8. ini untuk perempuan dia ada buat tak

    ReplyDelete