Majlis Perkahwinan Blogger Apple Merah | Selamat Pengantin Baru Kerol dan Lina Hamiedah

Majlis Perkahwinan Blogger Apple Merah | Selamat Pengantin Baru Kerol dan Lina Hamiedah | Alhamdulillah, dari hari ke hari, seorang demi seorang kawan MY dah membina rumah tangga. *eh berapa dah umur aku sekarang? Huh rasa seperti mimpi. Sekejap sangat masa berlalu. *eh jangan di tanya bila giliran MY pulak . huhu

Alhamdulillah dengan hanya sekali lafaz, Lina Hamidah aka Apple Merah sudah sah menjadi isteri kepada Kerol. Majlis akad nikah telah dilansungkan di Surau berdekatan dengan rumah beliau di Taman Millenium ,Tawau, Sabah. *eh kejap Ada sesuatu yang menarik perhatian kami semasa majlis akad nikah berlangsung.* apa dia? 

Ini la hal yang membuatkan MY tertanya-tanya. *lorh apa tu? kain tok kadi terlondeh kah? ekkk hahah. Maaf ni bukan kain tok kadi atau kain sapa-sapa tau. Kalau korang perasan pada gambar akad nikah kat atas, ni tempat diorang berdua duduk. Nampaknya ada sesuatu yang ingin disampaikan. *tapi malang kami tak dapat jawapannya sampai sekarang. huhu . kata salah seorang dari keluarga mereka, ia adalah salah satu adat yang diorang ikut dari nenek moyang. *huh sungguh menarik. Mungkin ia adalah salah satu adat dari budaya perkahwinan dari Masyarakat Bugis di Tawau yang perlu di kaji. hehe.

Selepas selesai majlis akad nikah di Surau. Kami terus ke rumah pengantin perempuan untuk majlis batal air sembahyang. Tapi kami budak-budak lelaki duduk lepak kat luar je. Sambil makan-makan hehehe. *kalau korang nak tahu makanan kat Tawau ni semua sedap-sedap. So jangan lengahkan masa untuk makan ekekekkek.

Bergambar bersama abang ipar kepada Lina, Mk Syahir dan Kon sebagai tour guide kami di Tawau.
Apapon Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Lina dan suami tercinta Kerol. Semoga berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Terima kasih kerana sudi menjemput kami yang senget-senget ni. Dan terima kasih juga untuk makanan yang sedap-sedap, maaflah kalau ada makanan yang habis kerana kami * eh ahahahaha. jangan serik untuk jemput kami lagi huhu.


Post a Comment

5 Comments

  1. Selamat penganti baru Lina.. moga terus bahagia melayari alam rumah tangga. Mu pulak mawardi, insyaAllah selepas ni. Jangan risau, rezeki tu ada..
    Mohon nanti mai kenduri aku bulan 5 nanti eh =)

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru.. btw baru perasan, MY orang Sabah ka? =)

    ReplyDelete
  3. menarik . first time kak fiza tgk adat yg letak kain pelikat tu :) cepatt kaji adi :p

    ReplyDelete