Berjalan-jalan ke Sangkar Ikan Kerapu | Kampung IndraSabah, Tawau


Berjalan-Jalan ke Sangkar Ikan Kerapu  | Kampung IndraSabah, Tawau | Wah teruja pulak MY kali nie. *kenapa? Dapat buat site visit ke sangkar Ikan Kerapu. eh huhu *ceh ayat dah macam kerja kontraktor dah huhu. Ha.. memang menarik. Suasana Kampung IndraSabah ni memang sangat mengujakan.

Sangkar Ikan Kerapu yang kami nak pergi tengok ni ada di sekitar perairan Kampung IndraSabah nie. Jadi kami parking pickup kat Jeti Kg. Indrasabah dan menaiki bot untuk ke Sangkar Ikan Kerapu tu. 

*Woot woot kami sampai duluan, diorang terpaksa tunggu trip kedua, sebab bot kecil tak leh tampung berat ramai orang. * tambah pulak kami ni bambam bambam semua kan ekekek. Mau jadi pelampung nanti ekekeke

Kat sini macam-macam jenis ikan kerapu leh tengok, teruja. Ingatkan Ikan Kerapu ni ada yang rupe gitu je. Rupanya yang jenis warna warni pun ada. *ouch so sweet huhu. Berpeluang gak merasa kehidupan menjadi seorang penternak Ikan Kerapu ni kan huhu. * eleh bagi makan ikan je pom . Kelas pulak rasa si Kerapu ni kan. *Makan saudara sendiri ekekeke. maksud MY, ikan kerapu ni makan ikan. huhu. 
So tak mustahillah kan harga dia pun tinggi.* eh ada kaitan ke erkkk kbai. Bak kata member MY, Ikan Kerapu ni ada banyak jenis. Sebagai contoh, Ikan Kerapu jenis "sunuk" gred A manakala Ikan Kerapu "tai seng" pula gred B. Ikan kerapu Sunuk yang beratnya 1kg boleh mencecah sehingga Rm120. *erkkk kbai

Secara rumusannya kalau Ikan Kerapu tu bersaiz 600-800 gram ia masih dalam kategori "bibit". Jadi harga nya pun murah iaitu Rm25-35 skilo. Tapi kalau beratnya sudah mencecah 1kg-4kg ia berada dalam kategori "saiz" yang boleh di jual la maksudnya . Harga untuk jualan bermula dari Rm60 per kg hingga rm120 per kg. *krik krik krik.

Rezeki Allah bagi pada kami, dapat merasa Isi Ikan Kerapu nie. *Tuan rumah belanja. Siap masak Ikan Kerapu 3 rasa lagi. *Perghhh sedap yang amat. huhu. Kalau nak harapkan beli sendiri entah bila la kan. Apapon terima kasih buat Kon sekeluarga. Terima kasih banyak-banyak.

Post a Comment

4 Comments

  1. wahh..aku pon ngah menaip entry p Tawau.. hahaha.. gadis menabah..memang tabah..lom mandi agi masa nih..eh..kantoi.. hahaha.. klu duk sana, memang leh boolat lah..makan seafood sokmo..sedap2.. :D

    ReplyDelete
  2. adeh, tengok kerapu 3 rasa tu cam best la pulok..
    tak pernah makan lagi

    ReplyDelete
  3. perghhhhh betnyaaaa... ikan kerapu memang sangat sangat sedap! my fav!! untunglahhhh

    ReplyDelete
  4. kat Sabah memang banyak sangkar ikan...
    puas hati kalau boleh ambil dari sangkar dan terus masak.. fresh oo..

    ReplyDelete