Welcoming Party Untuk Sahabat Indonesia | Jalin Persahabatan Anak Muda Malaysia Indonesia | Pada Sabtu lepas MY telah dijemput bersama beberapa orang sahabat media untuk menghadiri satu majlis "welcoming party" untuk menyambut kedatangan para mahasiswa dan anak muda dari Indonesia.
Majlis ini telah di adakan di The Loaf Cafe , Pavillion Kuala Lumpur. *terima kasih kerana sudi menjemput MY ke majlis ini . Majlis yang ringkas dan penuh pengisian ini diadakan adalah untuk menjalinkan dan memperkukuhkan lagi persahabatan antara anak muda Malaysia dan Indonesia khususnya. * Insyaallah
*wah besar sungguh cita-cita kami ya. Jika dilihat pada konteks yang lebih mendalam dan lebih jauh, kita Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak perkara yang perlu di kongsi. Bukan sekadar pada sesuatu yang dapat dilihat sekarang. Tapi Ilmu itu juga perkara yang paling penting. Berkongsi ilmu sebagai sahabat dan jiran di Asian ini.
Buat apa kita menjadi bangsa yang berdendam * jika dulunya pernah berlaku beberapa krisis Malaysia Indonesia. Lebih baik kita gunakan kelebihan yang masing-masing kita ada untuk membawa negara kita lebih maju ke hadapan. *betol tak?. Walau pun itu adalah satu cita-cita yang sangat tinggi, tetapi itulah sebaiknya. Insyaallah.
Jadi terima kasih sekali lagi kami mengucapkan kepada sahabat dari Indonesia untuk majlis yang awesome ini . Insyaallah jika ada waktu dan jodoh kita, bisa kita ketemu lagi.
3 Comments
gambar dah lawa... sambar la 1
ReplyDeletebroo....iman sokong ok
ReplyDeletepsst..panasss!!baca ni
http://mimbarhatiku.blogspot.com/2014/02/dalam-diam-diam-si-blogger-lelaki-ini.html
That's great report :) .. Salam persahabatan Indonesia dan Malaysia bang Mawardi Yunus :)
ReplyDelete