Restoran Char Koey Teow Serina Redzuawan | Restoran Char Koay Teow Simply Delicious



Restoran Char Koey Teow Serina Redzuawan | Restoran Char Koay Teow Simply Delicious | Pertama kali jejakkan kaki di area The Strand Kota Damansara. Datang semata-mata untuk menikmati Char Koay Teow yang dikatakan super delicious di Restoran Char Koay Teow Simply Delicious kepunyaan artis Serina Redzuawan 

Keluar je kereta *pergh serba serbi pink nie ayoooo semangat sailormoon disitu hahahaaa. Restoran yang simple, tapi dekorasi dalamannya di ilhamkan sendiri dari minat pemilik restoran. Semuanya boleh dikatakan pink.

Ha sapa tak kenal Serina Redzuawan kan. Anak kepada Chef Terkenal Chef Wan. Tapi jangan fikir sebaliknya. Untuk pengetahuan korang  berjayanya business Restoran Char Koay Teow Simply Delicious ni memang tak membabitkan kelebihan dan pengaruh yang ada pada papa beliau Chef Wan. Segala pencapaiannya adalah dari hasil usaha dan keinginan beliau sendiri. *memang respek la kat Serina Redzuawan.

Apa yang nak dikongsikan oleh wa kat sini, memang tak mustahillah  Serina Redzuawan boleh berjaya. Jika dilihat pada sifat yang ada pada diri beliau yang mesra dan bertanggungjawab tu memang beliau boleh pergi lebih jauh dari itu. Melayan sendiri pelanggan-pelanggan yang datang ke restoran beliau, beramah mesra dengan pelanggan, membersih meja dan mengambil order. *huh. serius wa respek.

Ha ni bukti rakaman khas exclusive dari kisahtatie . Boleh dikatakan semua benda dia buat walaupun mempunyai pekerja sendiri. * bertuah pekerja dia dapat bos macam Serina Redzuawan

Ok masa untuk tengok menu apa yang special di  Restoran Char Koay Teow Simply Delicious dan kami makan malam tu.

Sudah semestinya, Char Koey Teow kan. Yang ni adalah Char Koey Teow Basah.

Yang ni pulak Char Koey Teow kering.  Ikut selerala nak yang mana kan.

Kalau tak makan Char Koey Teow, nasi goreng pun ada. So adalah pilihan kalau datang dengan keluarga. Sebab selera manusia ni macam-macam kan.

Ha bukan nasi dengan Char Koey Teow je tau. Tengok tu apa? Sate pun hado hehehehehe. Ingat Sate Kajang [klik] je ke wujud kat malaysia ni ? ahhahaha

Ha.. ni apa ye? Ni la Pavlova [klik] kalau korang nak kenal hahha . *Pergh nikmat yang amat

Ha ni peberet wa. Durian Crepe. * wow. wow.wow

Murtabak. Tak payah tunggu bulan puasa baru dapt rasa. Kat Restoran Char Koay Teow Simply Delicious ni pun ada.

Bila makanan sampai, semua jalankan kerja masing-masingkan. Apa lagi serbu nak ambik gambar hahah * ek eleh macam la korang tak pernah buat kan

So malam tu memang penuh Restoran Char Koay Teow Simply Delicious ni. So terbuktilah Restoran Char Koay Teow Simply Delicious memang menjadi pilihan penggemar Char Koay Teow bukan saya untuk penggemar yang berada di sekitar itu, tapi juga dari luar.

Nah sekali Sofi Jikan pun ada la kat situ. *kasi sengat sama dia la hehehe

Terima kasih kepada Kak Nora kerana sudi menjemput wa, dan tak lupa pada pemilik Restoran Char Koay Teow Simply Delicious, Serina Redzuawan kerana layanan dan makanan yang begitu *umph.. gigit bibit sedapnya.


Alamat Restoran Char Koay Teow Simply Delicious:

13-G Encorp Stran, Jalan PJU20/A, The Strand Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya.

Tel: 03-61514112 / 012-4204112.

Untuk update terkini daripada Serina, boleh follow FB Serina, Twitter Serina & Instagram Serina.

Jom hashtag ‪#‎charkoayteowsimplydelicious‬  di Instagram dan Twitter.


Post a Comment

10 Comments

  1. Memang terbaek. Sampai sekarang terkenang2 kuahnya yang lazat. Alamak..
    esok macam nak p serang ler.. hehehe

    no mention bos. Sama2 kongsi rejeki..

    ReplyDelete
  2. Harga diorang berpatutan dengan dan kesedapan char koay teow memang best laaa

    ReplyDelete
  3. Memang berbaloi kalau order char koay teow yang special.. tu pun rasa nak tambah.. hehhe

    ReplyDelete
  4. memang terliur....durian crepe pon mcm melelehhh je..sobsss

    ReplyDelete
  5. Kita pelbagai jugak menu dia kan. Nampak macam menarik jugak tu.

    ReplyDelete
  6. Rasa nak tambah lagi 3 pinggan char koay teow hari tu.. Tapi segan plak.. Kih3..

    ReplyDelete
  7. fuh,, nampak sedap :)
    xajak sop rasa sekali.. huhuhu

    ReplyDelete