[TRAVEL] Hutan Paya Bakau di Jeti Semeling dan Sungai Merbok | Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia

[TRAVEL] Hutan Paya Bakau di Jeti Semeling dan Sungai Merbok | Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia | Perjalanan kami diteruskan Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] . Perjalanan seterusnya membawa kami ke Jeti Semeling dan Sungai Merbok. Dengar kata nak naik bot laju ni.

*Wah feeling TITANIC la lepas nie. ekekeke.

Sungai Merbok dikatakan kaya dengan sejarah dan mempunyai sejarah gemilang sebagai sebuah entrepot abad ke-5 hingga ke-13, di mana pelayar Cina dan India yang memanggil tempat ini sebagai "Suvarna Dwipa" bermaksud "Golden Peninsular". 

*Wow.. memang lagi excited la nak naik bot pasni kan.

Apa yang menarik tentang Sungai Merbok adalah kehidupan di dalamnya dan dikerumuni haiwan kecil yang dilindungi oleh habitat semula jadi ini seperti : Ketam, serangga, ikan, reptilia, udang dan banyak lagi.

Apa yang bestnya, Pokok bakau di kawasan ini dianggap sebagai antara spesies yang paling kaya di dunia. Dan merupakan hutan simpan paya bakau paling besar di Malaysia.

Sungai Merbok yang kelihatan tenang ini mempunyai dalam 30 spesies bakau, 80 spesies burung dan 50 spesies ikan dan kerang.

Dengar cerita terdapat dua pulau legenda di sini iaitu, Pulau Tiga dan Pulau Tok Kunyit yang dipercayai menjadi sarang legenda "Raja Bersiong" dan "buaya putih". hahahha. Betul ker?

*Hmmm, memang cukup misterila bila terdengar tentang cerita-cerita tentang mitos ni bagai.

Perjalanan kami Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] memang sangat mengujakan, hijau tenang je memang mendamaikan. Memang buat kita terpegun. Kat Kuala Lumpur mana ada cam ni beb. Dulu pernah ke Geopark Langkawi. Ingatkan kat sana je ada Paya Bakau cam nie. Rupanya kat Sungai Petani ni pun ada. Huhu.

Sepanjang perjalanan kami merentasi Sungai Merbok ni dengan menaiki bot laju, bermacam-macam cerita dan sejarah yang dah kami dengar dari Goki pemandu pelancong kami. eh hehhehe. Memang benar, Sungai Merbok ni banyak dikaitkan dengan sejarah dan mitos zaman-zaman dahulu. 

Kalau nak tahu lebih lanjut leh cuba baca  PENINGGALAN SEJARAH DI SG MERBOK [klik]

Brader-brader yang sentiasa memastikan kami Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia [klik] sentiasa dalam keadaan selamat semasa menaiki bot laju. Tabik spring kat diorang. ekekekeke Thank you semua.

Disebabkan hujan lebat dan cuaca yang tak mengizinkan kami terpaksa berpatah balik ke Jeti Semeling. Hmmm. Terasa rugilah sikit sebab tak puas lagi rasanya naik bot laju tu ekekekeke. Tak sempat nak berfeeling-feeling TITANIC eh.

*Apa yang bestnya dengan pokok bakau nie ye? Selain membekalkan oksigen untuk kehidupan dibumi Allah, Bakau juga terkenal sebagai satu aset perlindungan terhadap Tsunami dengan sistem akar yang besar ia berkesan untuk melesapkan tenaga ombak.  Subhanallah.

Kayu bakau juga memiliki kegunaan yang baik sebagai bahan bangunan, kayu bakar [klik], dan terutama sebagai bahan pembuat arang [klik]. Kulit kayu menghasilkan tanin [klik] yang digunakan sebagai bahan penyamak.

Satu lagi kegunaan kayu bakau, adalah untuk bahan kertas. Kayu bakau biasa dicincang dengan mesin potong menghasilkan serpihan kayu / wood chips. Menurut sesetengah sumber, jenis kertas yang dibuat dari kayu bakau adalah termasuk kertas yang berkualiti tinggi.

Kegunaan dari Hutan Bakau yang paling besar adalah sebagai penyeimbang ekologis dan sumber (langsung atau tidak langsung) pendapatan masyarakat berdekatan. Jadi dah tugas kita lah rasanya menjaga anugerah Allah yang tak ternilai nie.

Post a Comment

4 Comments

  1. alamak ...kampung ceq tu..haha , selalu cari masa utk memancing gelama bila sesekali balik sana.. bes !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorhhh, ye ke? skang PCL stay kat mana? huhuhu

      Delete
  2. Cantik.. tempatnya nmpk terjaga rapi..

    ReplyDelete