[INFO] Tidur dan kafein untuk tubuh cergas | Rahsia Tubuh Cergas

[INFO] Tidur dan kafein untuk tubuh cergas | Rahsia Tubuh Cergas | KOMBINASI tidur yang berkualiti dan pengambilan minuman berkafein dapat meningkatkan keupayaan tubuh ke tahap yang lebih optimum.


Pakar Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Australia Selatan, Dr. Jill Dorian berkata, strategi itu dapat mengatasi keletihan dan tekanan akibat waktu kerja yang panjang.
“Sekiranya anda minum secawan kopi dan tidur selama 20 minit selepas itu, kesan kafein akan dirasai ketika bangun. Anda akan berasa lebih segar,” katanya.
Menurut Dorian, kecergasan tubuh juga dipengaruhi oleh pola tidur yang baik.
Oleh itu, beliau menyarankan supaya orang ramai memanfaatkan waktu tidur dengan tidak menonton televisyen, membaca atau melakukan kerja-kerja pejabat.
“Membaca hanya dibenarkan jika anda sukar untuk tidur tetapi bukan sebagai rutin sebelum tidur,” katanya.
Sumbe Artikel: kosmo 

Post a Comment

2 Comments

  1. Oh.. baru sy tau kebaikan kafein ni.. slalu terbaca keburukan je. Thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  2. suka dengan minuman kafein.....

    ReplyDelete