[BERITA] Calon SPM 2013 Meninggal Dunia Ketika Menjawab Peperiksaan | Ajal Di Dewan Peperiksaan | Ajal Maut sudah Ketentuan Allah. Walau dimana kita berada ketika itu ia takkan lewat walau sesaat. Begitulah juga kisah kematian calon SPM 2013 di Salah sebuah Sekolah Ugama di Kelantan apabila arwah pengsan di dewan peperiksaan.
PASIR PUTEH: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya sempat menjawab soalan Bahasa Melayu kertas 1 selama 30 minit sebelum rebah dan pengsan di dewan peperiksaan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Tengku Anis, di sini, pagi tadi.
Pelajar terbabit, Nur Syazwani Arifin, 17, yang bersekolah di Sekolah Menengah Ugama Arab Saniah, Jalan Nara di sini, meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi dan ketika ini masih dibedah siasat di hospital berkenaan untuk mengetahui punca kematiannya.
Bapa Nur Syazwani, Arifin Deraman, 48, berkata, anaknya demam sejak dua minggu lalu selain mengadu sakit belakang dan sesak nafas tetapi tidak teruk.
Katanya, walaupun demam, anaknya tetap belajar seperti biasa.
"Sehari sebelum peperiksaan, anak saya bersemangat untuk menduduki SPM demi menggapai cita-citanya menjadi seorang pensyarah, selain ingin mengikuti tiga adik-beradik lain yang berjaya ke menara gading," katanya.
Sumber: myMetro
Takziah wa ucapkan kepada keluarga arwah dan Al-Fatihah kepada arwah Nur Syazwani Arifin calon spm 2013 yang meninggal dunia selepas menjawab soalan kertas Bahasa Melayu kertas 1 selama 30 min.
.
3 Comments
Ajal....masa sampai..
ReplyDeletetakziah n al fatihah
ReplyDeletetakziah
ReplyDelete