[INFO] Tips Hilang Mengantuk Di Office | Kawan Gelak Ketawa Di Office



[INFO] Kawan Gelak Ketawa Di Office | Tips Hilang Mengantuk Di Office | Kalau dah keje duduk je atas kerusi, tengah hari panas-panas terik ni pulak. Mata mula la terkebil-kebil, kepala pula mula meminta-minta orang sorongkan bantal. So sini wa nak bagi Tips Hilang Mengantuk Di Office . Hope boleh membantula kan. Sebab wa pun pernah berdengkur gak dalam office ni ahhaha. Tak tahan mengantuk sangat.

Basuh muka .
Tips ni rasanya semua orang tahu kot. Hahhaahha. Tapi tak kira aku nak bagitau jugak. Kalau nak lagi mujarab leh guna air sejuk fress dari peti ais. hahahaha

Dengar lagu .
Kalau dah terlalu mengantuk sampai dah terhangguk-hangguk, boleh la bukak utube ke, mp3ke, lagu dikir barat buat background muzik untuk tarian korang tu. eh eh ahhaah. kalau lagu dangdut pon boleh gak, tapi kena tukar step gerakan angguk2 tula. wakakakka.

Hampiri kawasan bercahaya.
Korang boleh lah mencari tempat yang terang contohnya bawah lampu ke atauapun ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap. Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk itu. Tak pun suh bos korang beli spotligh suh letak depan meja korang hahhaha.

Wangian aromaterapi .
Wangian aromaterapi juga dipercayai dapat menghilangkan rasa mengantok bap wangian aromaterapi dapat merangsang deria bau sekaligus mengurangkan kebarangkalian korang untuk rasa mengantuk lagi. Tapi tengok orang jugak la. Kalau macam wa ni hudung yang sensetif kat bauan yang kuat. Lepastu leh tersumbat la hidung ni.

Buat Senaman ringkas.

                               Senaman di waktu malam [klik]
                               Sebab Poco-Poco Diharamkan di Perak [klik]

Yang ni wa rasa semua orang boleh buat, jangan sampai buat lompat bintang pulak kan. hahahaa. Sekadar regangan ringkas macam tula. Kang ada pulak yang berpoco-poco kat dalam office tu hahaha.

Teman berborak.
Kalau wa, suasana sungi tanpa kawan or somebody kat sekeliling memang lebih mengundang wa berdengkur dalam office hahaha. So kalau ada kawan, boleh berborak dengan memilih topik yang bersesuaian dan menarik. AWAS jangan sampai tak buat kerja pulak. Maksud wa kat sini, berbual tentang sesuatu yang berguna (knowledge). Dan boleh dibualkan sambil membuat kerja. Orang kata Kawan Gelak Ketawa Di Office.

Posture badan yang betul.
Untuk melancarkan perjalanan oxigen ke peparu dan otak. Biasanya kalau mengantuk ni disebabkan otak kita kekurangan oxigen. 

So, dalam bahasa lainnya, sentiasalah fokus dengan kerja, positifkan minda dan enjoy dengan kerja kita . Insyaallah. 

Selamat mencuba. 

.

Post a Comment

6 Comments

  1. Tips 1 lg yg tak dikongsikan apabila mengantuk adalah... mentido... sila mentido dan lps tu ngantuk akan hilang...

    ReplyDelete
  2. Kadang2 jalan2 dulu. Tak boleh nak hadap kerja je memanjang. Memang mengantuk.

    ReplyDelete
  3. aish
    kalau sume tu xmau jugak
    mmg cari masa nak tido kejap jgk
    hehe

    ReplyDelete