Dua maut, dua cedera ditikam di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati | Lelaki Tekanan Sakit Jiwa Menyerang Orang Awam | Terkejut dengan berita ni, isu kematian Pegawai bank maut ditembak mati pengawal keselamatan semalam masih lagi segar. Hari ni muncul pula kes baru.
Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.
Berita Harian Online difahamkan, suspek adalah seorang penuntut ajaran sesat dan ketika ditangkap mulutnya membaca sesuatu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, mengesahkan suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan mangsa maut di lokasi kejadian.
"Suspek kemudian larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta Toyota Prius yang dipandu remaja lelaki.
"Suspek kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.
Sumber: BeritaHarian
Yang paling menakutkan tu bila dapat tahu tentang lokasi kejadian di LRT Taman Melati. Wa selalu ke sana jika ke rumah Pari-pari putih.
5 Comments
insiden berdarah. ..kalau sekali jadacam berantai la plak...harap esok dan masa terdekat tiada lg kejadian seumpamanya.
ReplyDeleteRasamakin tak selamat... huhu
ReplyDeleteMAKINTRUK SKARANG NI NAK KLUA KN HATI2
ReplyDeletespeechless dah ni :P
ReplyDeleteMmg menakutkanlah kejadian ni..siapa menyangka boleh jadi mcm tu. Risau pulak klu berjalan keluar..
ReplyDelete