Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin | Ucapan Selamat Hari Raya Puasa dari Admin Mawardiyunus.com

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin | Ucapan Selamat Hari Raya Puasa dari Admin Mawardiyunus.com | Sepurnama sudah kita berpuasa, sedar tak sedar Ramadhan dah meninggalkan kita. Kini tiba pula Syawal. Bulan dimana seluruh umat islam meraikan Hari Raya Aidul Fitri.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebasHari Raya Aidilfitri (Bahasa Arabعيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya PuasaHari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada ArabInggerisMelayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

 Apapon admin nak mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog MawardiYunus.com ni. Terima kasih kepada korang yang terus support blog mawardiyunus.com ni :)

.

Post a Comment

1 Comments