Nama ABC Ikut Negara | Gambar Ais Kacang | Air batu yang dikisar hancur dicurah dengan air gula, sirap dan susu, ditambah dengan kacang hancur, buah kabung, kacang merah, cincau, cendol, jagung hancur dan sagu memang enak dimakan lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.
Ia merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kacang, buahkabung, cendol, cincau, jagung, pemanis, seperti sirap dan sarsi serta air nisan.Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas | Air batu campur ataupun lebih terkenal sebagai ABC (juga dikenali sebagai Ais Kacang di Pulau Pinang dan Singapura). Diasaskan daripada Shave Ice yang berasal dari Jepun. Ia boleh juga didapati di negara lain seperti Amerika, Filipina, Thailand dengan nama lain seperti snow ice dan sebagainya.
Rupa-rupanya bukan Malaysia je ada ABC ni. ABC di Jepun dikenali dgn nama Kakigori, manakala ABC di Philiphine dikenali dgn nama Halo Halo. Gambar kat atas tu kira ABC paling basic la kan. Ada bermacam-macam jenis ABC lagi, berbeza dari segi rasa dan rupa disebabkan perbezaan bahan yang dicampur.
Bila tengok gambar mesin ABC lama kat atas ni, terimbas zaman-zaman sekolah rendah dulu. Bila zaman dah makin moden, teknologi makin canggih ikut keadaan semasa. Mesin ABC sekarang ni pun dah makin kecik dan senang dihunakan.
5 Comments
wahh baru tahu :) thanks ABC ada nama macam-macam rupanya ikut negara :)
ReplyDeletekot abc ni.saya suka.yang ais dia dikisar halus
ReplyDeleteTapi siapa yang mula-mula buat ABC ni? Hehe
ReplyDeleteohhh...baru tahu...memang suka ABC....kat Melaka banyak tempat ABC sedap....
ReplyDeletesya suka cendol than abc =)
ReplyDelete