Bunga Api Merdeka 2013 Putrajaya | LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-56 2013 | Sudah hampir 24 tahun meneraju nikmat hidup, makanya inilah pertama kalinya wa menyambut ambang kemerdekaan iaitu untuk Kemerdekaan Malaysia kali yang ke -56.Alhamdulillah.
Percikan bunga api mengindahkan lagi ruang udara Pusat Pentadbiran Kerajaan, Putrajaya pada sambutan Ambang Merdeka sempena Hari Kemerdekaan kali ke-56 yang bertemakan "Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku" di Pusat Maritim Putrajaya di Putrajaya malam semalam. - Sinar Harian
Sahabat yang turut serta semalam, Yanty, Qaseh, MatYie, KakSue dan Abg Eddy.
Bukan berseorangan, tapi bersama diorang yang selalu bersama suka duka di Putrajaya nie. Jika dulu hanya mampu perhati dari jauh. Tapi malam semalam, wa dah pun merasainya. Walaupun persekitaran sebelum ambang kemerdekaan pada tahun ni tak meriah seperti tahun-tahun sebelumnya, seolah-olah tiada tarikh MERDEKA di bumi bertuah Malaysia ini.
Bukan dari rakyat, tapi bangunan-bangunan kerajaan pun kurang mengibarkan Jalur Gemilang. Memang nampak sangat ketidak meriahannya. "I Dont Know Why" . Tapi dengan mengibarkan Jalur Gemilang ni cukup ke nk membuktikan yang diri kita ni cintakan Malaysia? Bagi mereka yang tak mengibarkan Jalur Gemilang macamana pula? huhu. Pakat-pakat la kita fikirkan. Masing-masing ada jawapan sendiri kan.
Ni pulak info untuk korang tentang sambutan Malaysia untuk 2013 ni. LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-56 2013
‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ akan menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos tahun ini. Nak tahu info lebih lanjut mengenai LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-56 2013 ni sila ke fuh.my .
Selamat Hari Merdeka Malaysiaku. Merdeka.. Merdeka.. Merdeka.
.
7 Comments
wahhhhh bestnye dapat sambut merdeka!! :D
ReplyDeletebest nya bunga api kat PJ :D
ReplyDeletekucinghitam sambut berendam kat kolam air panaih hahaha
ReplyDeletekita kena semangat kibarkan bendera malaysia..hehehe
ReplyDeleteHappy National Day!!!!!
ReplyDeleteMemang terasa betul kurang kemeriahan sambutan kemerdekaan tahun ni. Kerajaan menyalahkan rakyat. padahal diorang pun sama jgk.
ReplyDeleteSalam merdeka!!
ReplyDelete