Sudah Di Takdirkan Kau Pergi Dulu | Kau Sahabatku Kau teman Sejati

Sudah Di Takdirkan Kau Pergi Dulu | Kau Sahabatku Kau teman Sejati | Banyoknyo jaso mu ko aku jak. Tok sempat aku nak balas, mu gi dulu. Tapi aku redha, terima. Tok seko, baru jupok. Tapi arini mu tak dok doh. Terimo kasih banyok-banyok atas jaso mu selamo ni. Payoh doh aku nak cari sain supo mu. Dale senyap pun mu banyok jaso dengan aku.

Terimo kasih banyok-banyok jak. Moga Roh mu tenang disana bersama yang terpilih.  


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami, kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan, sedih rasanya hati ini bila mngenangkan kau sahabatku kau teman sejati.

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti, senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami, memori indah kita bersama terus bersemadi, kau sahabatku kau teman sejati.

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu, di saat kau masih diperlukan, Tuhan lebih menyayangi dirimu, ku pasrah diatas kehendak yang Esa.

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia, tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu, sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini, walau ku tahu kau tiada di sisi.

Perjuangan kita masih jauh beribu batu, selagi roh masih di jasad hidup diteruskan, sedih rasa hati ini mengenangkan dikau, bagai semalam kau bersama kami.

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana, setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan, moga di sana kau bersama para solehin, ku sahabatku kau teman sejati.

Al- Fatihah buat sahabatku YUHAIZZAT YUSUF yang dah kembali ke rahmatullah.
.


Post a Comment

13 Comments

  1. Madi sedih ny. Hope roh dia tnang kat sana. Untung arwah mninggal di bulan mulia...


    Ajal maut bkn kira usia.. Kita pon kne bringat

    al fatihah

    ReplyDelete
  2. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. ko memang sahabat yang baik bro..^___^

    ReplyDelete
  3. sedih Di, Moga2 kematian di bulan yang mulia ini memberi kebahagian di alam sana...

    ReplyDelete
  4. alfatihah

    saya dah update jom terjah!

    ReplyDelete
  5. Adi , jangan la meratapi pada yang dah pergi. Sebaiknya banyak bersedekah Al-Fatihah pada arwah dan mendoakan kesejahteraan dia di sana.

    ReplyDelete
  6. jangan sedih ye madi, satu hari nanti kita pun akan pergi juga... semoga beliau tenang di sana.. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  7. amin.. al-fatihah utk arwah, semoga tenang arwah di sana ..

    ReplyDelete