Mengidam Juadah Berbuka Di Kelantan | Juadah Berbuka Puasa Paling Popular di Kelantan

Mengidam Juadah Berbuka Di Kelantan | Juadah Berbuka Puasa Paling Popular di Kelantan | Dengar pepatah melayu "Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung", walaupun begitu, bagi wa berdarah jati Kelantan, negeri tanah tumpah tak pernah jauh dari hati. Tambahan bulan puasa pula, memang banyak kenangan dan memori yang melekat kat kepala nie.

Ha bila dah sentuh bab puasa ni tak cukup la kalau wa tak ceritakan pasal Juadah Berbuka Puasa Paling Popular di Kelantan. Tambahan pula Kelantan ni kan famous dengan gelaran surga makanan. Bukan sahaja makanannya enak dan pelbagai jenis, tapi harganya juga murah berbanding tempat lain.

Ni antara Juadah Berbuka Puasa Paling Popular di Kelantan, juadah yang membuatkan wa rasa meleleh jer air liur kalau mengidam huhu. Ada sesetengah juadah ni susah nak dapat di tempat lain selain Kelantan.

Yang ni rasanya semua kenal kan, "AKOK". Kalau kat kelantan budak-budak suka panggil "AKOK KEDUT" ahahaha. Kalau bulan puasa, kedai kuih muih yang jual akok ni pasti meriah. Paling laku. Akok Panas...  Akok Panas...  Akok Panas... Pergh meleleh...

Ha yang ni pulak wa Panggil "Tepung Pelita". Ingat dulu zaman-zaman sekolah menengah. Tiap hari wajib ada kuih ni.

Ni pulak kat Kelantan panggil "Butir Nako" wa pun tak tahu kenapa orang panggil nama dia camtu kat Kelantan. huhu. kalau di translate ke bahasa Melayu baku nya menjadi "BIJI NANGKA" . eh eh betol ker? huhu

Yang ni "Ketupat Sotong". Kalau bulan puasa, hari-hari tertentu je boleh makan ni. Sebab tak senang nak buat juadah ni. Biasanya Mak wa akan buat masa semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka bersama. pergh menjilat jari.

Yang ni biasalah "Nasi Kerabu" semua orang dah kenal dan dah rasa pun kan. Malah ada yang dah jadi makanan feberet pun kan. hahha Tak dinafikan la kan. Kalau kat Kelantan Nasi Kerabu ni memang super A. Bahan-bahan yang cukup memang terbaek. Dan nasi kerabu ni menjadi juadah utama untuk orang single di perantauan hahahaha.

Kalau juadah berbuka tanpa "Ayam Percik" ni, memang tak lengkap lah kan. Ayam percik boleh dikatakan setiap rumah akan ada hidangan ni huhu. Memang menjadi trademark juadah untuk bulan puasa di kelantan. Bila tengok je ayam percik ni teringat zaman-zaman kecil dulu kena jaga api untuk bakar ayam ni. Mak wa pulak siapkan percik dia. huhu. memang best.

Yang ni pulah memang superb. Kalau wa balik kampung memang mak wa suka buat ni. "Perut lembu (muda) cicah air asam". pergh meleleh habaq hang. Memang peberet wa. memang terbaik la. Tapi dah dekat dua tahun mak wa jarang masak sebab susah nak dapat perut lembu muda ni. Dengar kata, pagi-pagi lagi dah habis orang beli untuk meniaga kat bazar.

Ha yang ni kalau tak de memang tak sah la kan. "BUDU" sapa tak kenal kan. Trademark untuk rakyat dan negeri Kelantan. Tak kira bulan puasa atau tak memang inilah hidangan utamanya. Cukup sekadar ia kalau tak de lauk untuk dimakan. 
Apapon dibulan puasa ni, pandai-pandailah kita memilih juadah dan jangan sampai membazir. Biasalah nafsu waktu berpuasa. Bila dah berbuka suap dua tiga mulut makanan dah rasa kenyang. Apapon bersyukur dengan apa yang ada dan SELAMAT BERPUASA.

Post a Comment

6 Comments

  1. wow.. mengundang nafsu makan..hihi

    ReplyDelete
  2. Akok paling fav.. akok telor, akok pandan, akok pisang, akok durian dll..nom..nom..nom..

    ReplyDelete
  3. makanan org timur kebanyakannya makanan fav aku ~

    ReplyDelete
  4. tepung pelita ngan nasi kerabu tu remy dah dapat dlm waktu berbuka...tinggal yg lain2 tu jer.....

    ReplyDelete
  5. oittttttt ! tak sabar dh nak balik kelantan nie .

    ReplyDelete