Buah Kurma Untuk Sahur | Makanan Terbaik Untuk Sahur | Bermulanya puasa kita adalah dengan bersahur. Sahur merupakan satu ibadat yang sangat besar di sisi Allah SWT dan rasul SAW.
"Perkataan sahur yang digunakan dalam bahasa melayu berasal daripada perkataan suhur yang bererti perbuatan bangun sebelum fajar untuk makan. Adapun perkataan sahur pula bererti makanan yang dihidangkan ketika bersuhur." _sumber
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي اَلسَّحُورِ بَرَكَةً
“Makan sahurlah, karena sesungguhnya ada keberkahan dalam sahur.”
(Muttafaq ‘Alaih)
Makanan Terbaik Untuk Bersuhur
Perkara ini adalah faedah yang boleh dipetik daripada hadis Nabi SAW. Sabda Nabi SAW,
نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ
Maksudnya: “Sebaik-baik sahurnya mukmin itu adalah dengan tamar.” (riwayat Abu Daud)
Tamar ialah kurma kering, sama ada ia dibiarkan kering di tangkai ataupun ia dipetik dan kemudian dijemur. Ia berbeza dengan ruthab iaitu kurma basah. Berbeza juga dengan balah iaitu kurma muda. Kurma ada jenis-jenisnya, seperti kurma ‘ajwa yang Nabi sebutkan secara khusus di dalam hadis, kurma ajwa biasanya dibiar kering di tangkai.
Jadi apabila tiba masa untuk bersuhur, Nabi SAW memilih kurma kering. Apabila Nabi menyebutkan “sebaik-baik” bererti ada kebaikan untuk kita memakan tamar ketika bersuhur.
Anjuran makan sahur dikuatkan oleh hadits Jabir, Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabada,
مَنْ أَرَادَ أَنْ يَصُومَ فَلْيَتَسَحَّرْ بِشَيْءٍ
“Siapa yang ingin berpuasa hendak makan sahur dengan sesuatu.”
(HR. Ahmad dan Dishahihkan Syaikh Al-Albani di Silsilah Shahihah, no. 2309)
Sekiranya tidak ada makanan, sudah kenyang atau tidak ingin makan maka minumlah sekurang-kurangnya seteguk air.
Hukum Bersahur
Dari hadis-hadis yang lalu maka dapat disimpulkan di sini bahawa hukum bersahur adalah sunnah muakkadah berdasarkan tiga qarinah (bukti); pertama ialah perintah Nabi supaya bersuhur, kedua bersuhur membezakan puasa muslimin dan puasa ahli kitab, ketiga larangan Nabi SAW daripada meninggalkan suhur.
“Sahur itu makanan yang dipenuhi dengan keberkatan, maka janganlah sama sekali kalian meninggalkan ia.” (riwayat Ibn Hibban)
4 Comments
sunah tu... rugi tinggalkn
ReplyDeleteMy recent post : Khasiat Halia - Infografik
sahur tu penting.. byk hadis bc.. kurma mmg byk khasiat..kdg2 kalo xsempat nak makan nasi utk bsahur,mkn 3 biji kurma.. sehari tu xda lpr sgt..
ReplyDeletemadi..bangun2.. sahur.. hihi :)
ReplyDeleteInfo yang baik !!
ReplyDelete