Waktu Tayangan Filem Melayu Pukul 7 Petang Di Malaysia | Ahmad Idham Tolak Waktu Tayangan Pukul 7 Petang

Waktu Tayangan Filem Melayu Pukul 7 Petang Di Malaysia | Ahmad Idham Tolak Waktu Tayangan Pukul 7.00 Petang | Semenjak dua menjak ni kita dapat lihat sudah ramai artis-artis islam di Malaysia sudah cakna tentang ilmu dan hukum ALLAH. Ini merupakan satu perubahan yang bagus untuk Malaysia menuju negara islam yang maju.

Ahmad Idham telah meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi laman sosial Twitter dengan mengatakan dia tidak faham kenapakah pihak pawagam meletakkan masa tayangan filem-filem Tempatan pada pukul 7 petang, waktu di mana umat Islam menunaikan solat Maghrib.

Tambah penerbit syarikat produksi Excellent Pictures itu lagi keadaan berkenaan membuatkan seolah-olah pihak pawagam seperti tidak menghormati umat Islam.

"Saya rasa bukankah lebih elok kalau tayangan filem Melayu diakhiri pada pukul 6 petang dan kemudian disambung semula pada pukul 8 atau 8.30 malam memandangkan tempoh masa solat Maghrib begitu singkat,” katanya.

Dalam pada itu Ahmad Idham turut menegur Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) kerana tidak mengambil berat hal berkenaan selain meminta pihak berkenaan agar mengkaji semula isu masa tayangan filem-filem tempatan di bawah Syarat Wajib Tayang .sumber


Peneguran ini juga kerana ianya berlaku terhadap filem terbitannya sendiri iaitu Lari di mana terdapat beberapa pawagam menayangkan filem itu pada pukul 7 malam . Wa amat bersetuju dengan tindakannya dengan menegur Finas tentang hal yang berkaitan. Mereka seharusnya mengkaji semula isu masa tayangan filem di Malaysia dan menghormati negara Malaysia sebagai negara islam, supaya Malaysia boleh menjadi contoh kepada negara islam yang lain.

Ia bukan sahaja berkaitan dengan waktu magrib sahaja, tetapi waktu utama umat islam iaitu waktu solat jumaat. Tahniah buat Ahmad Idham kerana berani bersuara untuk perkara kebaikan. Kalau tidak sampai bila kita harus menerima cara hiburan seperti ini di Malaysia. Semoga anda menjadi contoh kepada artis-artis lain di Malaysia ini. Insyaallah



Post a Comment

2 Comments

  1. bagus idea dia...semoga jadi peringatan buat semua.....

    ReplyDelete
  2. tahu x pe.. bagus sgt idea ni..
    bukan stakat wayang drama tv pun sama..
    sedih tgk, ada yg sanggup delay solat maghrib, solat hujung2 waktu sampai lepas hbs drama.. worst, ada jugak terkejar2 solat masa iklan.. nauzubillah~

    ReplyDelete