Waktu Senja | Waktu Yang Syaitan Suka

Waktu Senja | Waktu Yang Syaitan Suka | Jika kita masih mempunyai nenek atau datok yang tinggal dikampung, sudah semestinya pernah kita dengar akan kisah-kisah mereka pada zaman dahulu mengenai Waktu Senja. Jika di kampung wa dulu, tidak mustahil lah jika hampir ke Waktu Senja kami semua tidak dibenarkan bermain diluar rumah, malah, pintu rumah sudah mula dikunci. Tapi jika tengok situasi zaman moden sekarang, waktu Azan Magrib berkumandang, tapi masih ada lagi yang bermain -main di padang.

Dari Jabir r.a katanya:"Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja."(Riwayat Muslim)

Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.

Waktu senja adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib. Maka adalah tidak wajar pada waktu senja anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya.

Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya". [Riwayat Bukhari]
-Artikel iluvislam.com

1. Syaitan berjalan dalam darah manusia.
2. Syaitan berpesta Waktu Senja.
3. Syaitan suka berada di antara bayangan dengan cahaya.
4. Syaitan suka kepada pertengahan antara sejuk dengan panas.

Secara umumnya, syaitan suka berada di tengah-tengah. Contohnya adalah di waktu pertukaran siang dengan malam. Di Waktu Senja lah, Nabi s.a.w. minta kita menutupi semua tingkap-tingkap. Ini mungkin kerana khuatirkan pesta-pesta syaitan yang berlaku di luar ditempiaskan ke dalam rumah-rumah kita.

Wallahulam

Post a Comment

6 Comments

  1. Betul tu.. Waktu mghrib dan senja kdg2 perhatikan.. Tu lah wktu paling sibuk.. Di kedai makan terutamanya.. Penuh restoran.. Wktu ni lah... Kt pasar mlm lagi lah x yah ckp kn..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat baik

    ReplyDelete
  3. Mase ni la manusia sebuk nak keluar

    ReplyDelete
  4. dan waktu senja ni le aedes pun byk...

    ReplyDelete