Terasa Diri ini Retis @ Waffle Stop

Terasa Diri ini Retis @ Waffle Stop | Memandang kan petang tadi dapat call dari sebuah syarikat menyuruh wa pergi interview esok hari dan disuruhnya juga membawa 2 keping gambar berukuran pasport. Teramatlah kelam kabut juga wa jadinya. huhu. Tetiba teringat kat bawah pangsapuri tempat wa stay skang ni ada kedai foto. Wah terus bersiap-siap pergi tengok. Ayarkk kedai tutup. Ah apapon wa perlu pergi saloon dulu. Nak ambik gambo mesti kena buang segala mak nenek yang serabut di wajah ni wawawa. 

Lepas tu terus text member kat Alamanda tanya, ada kedai untuk tangkap gambar pasport tak. Dia balas dengan tenang " ada kat FotoCam". Wah wah terpaksala wa p ke Alamanda. Udah kelewatan ni hampir pukul 6 dah.

Selesai gambar diambil, tetiba perut mula memulas-mulas meminta makanan. Adeh potong stim la, orang nak jalan-jalan cuci mata pun tak senang. Lalu dengan rakusnya wa berjalan ke Rasa FoodCourt. 2,3 kali wa pusing-pusing huh penat. Tak tahu nak makan apa wei.

  "Ahhh sudoh doh la. nok make gapo la. huhu"

 "Waffle Stop"Tetiba kaki wa terhenti di depan sebuah kios. Wah kios apakah? hehehe Sebenarnya wa dah lama usha makanan kat kios ni. Bila datang Rasa je mesti usha-usha makanan apa yang ada kat sini. Tapi tak pernah nak pergi tanya dan beli. ahhaah. Kios apa? ha
Wah dengan terasa diri ini retis-seretis retisnya. Biasala selama ni wa hanya pandai makan petai cicah dengan budu je. wawawa.Tanpa membuang masa wa terus order, seperti dah biasa makan je kat situ:

"Excuse meIce Cream & Fruite " 

Chewah, ala-ala slang british gitew. Erkkk. Nasib baik tak kantoi kikiki.Tapi wa rasa makanan ini tak sesuai untuk seorang makan. Huh tetiba rasa " Forever Alone ". Lalu ku makan dengan tiada perasaan walaupun muka ini setebal kepingan waffle itu wawawa.



Post a Comment

13 Comments

  1. pergh madi..hihihi..sedap tuh :)

    ReplyDelete
  2. huhhh, forever alone konon :)

    ReplyDelete
  3. gud luck 4 intrview rini.....

    My recent post : Salam Perkenalan

    ReplyDelete
  4. Waaa sedap tu waffle aiscream...
    Good Luck for the interview =)

    ReplyDelete
  5. Retis , bila I kata I kat sana U tak gtau U kat mana , tak boleh sesama makan waffle.

    Anyway , all the best for the interview today!

    ReplyDelete
  6. ha, tu ler... semalam dah suh ajak org teman x mau... kalau tak, boleh share makan...

    ReplyDelete
  7. kemaheng adik retis kita ni amek gambo pasport mcm amek gambo visa ekekeke semoga berjaya utk interview tu nanti ok :)

    ReplyDelete
  8. lain kali makan waffle tu share2 lea sikit kat teman.. kan dh x larat abeskan tuuu.. hi3

    haii.. singgahbalas disini..
    dari blog http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    sorry lambat bw.. =)

    ReplyDelete
  9. Nyesal pcm masuk pepagi kat sini....grrrrrr......apa2 pun Tahniah Mawardi <---klasiknyaaa namaaaaa!!!!....

    ReplyDelete
  10. lain kali nak g makan ajok ambe, tapi kedai mamak jea laa..kikiki..tu tempat org sohor terr..

    ReplyDelete