RAHSIA MINYAK BELACAK | RAHSIA LELAKI HEBAT

AWAS entry ini sesuai untuk kaum lelaki 18 tahun keatas sahaja. kui kui kui. Perempuan tak boleh baca. Huh

RAHSIA MINYAK BELACAK | RAHSIA LELAKI HEBAT | Alkisahnya nak diceritakan kepada korang tragedi minyak belacak keatas diriku. Haip. jangan macam-macam, baca dulu apa yang wa nak tulis ni.

Peristiwa yang mana berlaku 5 tahun lepas macam tu, waktu tu wa masih belajar di matrik. Masa tu wa join satu rombongan ke Langkawi. Maklum la sepertimana yang semua lelaki tahu kan. Kat langkawi ni popular dengan Minyak Belacak . Ha.. masa tu aku ni memang skema giler la, budak baru nak kenal dunia kan, boleh dikatakan masih suci hahahaha. (haip sekarang pun masih suci okay). 
Masa tu kami ke satu tempat menjual minyak gamat , kat situ pun ada banyak lagi minyak-minyak lain yang seangkatan dengannya kan. Lepas penat lepak kat bawah dan tak tahu nak beli apa, wa ngn member-member lelaki wa naik ke bas untuk merasai kenikmatan ekon huhu. Dan-dan member wa mintak tolong ngn wa.
 " eh wadi leh ko tolong aku"
wa menjawab dengan penuh kesopanan.
"boleh, ada apa"
dia balas balik
" leh tak ko tong belikan aku minyak belacak? aku terlupa belila tadi "
wa angguk tanda setuju sambil hulurkan tangan meminta duit

Dengan tanpa was-was nye wa turun dan membeli minyak tersebut. Kelihatan awek-awek yang jaga kaunter tu tersenyum-senyum je kat wa sambil mengambil satu kertas yang ada di bahagian bawah kaunter tu lalu dimasukkan bersama ke dalam plastik Minyak Belacak tu.

Wa tertanya dalam hati " huih special sangat ke minya Belacak ni sampai nak kena ada kertas " , beli minyak lain tak ada pun kertas bagai. dalam pertengahan jalan sebelum naik ke bas, apa lagi, wa ambik dan tengok la kertas tu kan. Erkkk, tetiba rasa muka wa ni dah kembang berinci-inci rasanya. Toooooo dio eh, haprak punya kawan. Saje nak malukan gua. Rupa-rupanya kertas tu adalah turorial bergambar camner nak guna guna Minyak Belacak tu. Siap tulis RAHSIA LELAKI HEBAT lagi . Nak tahu lebih lanjut sila google sendirik. Alamak matila kalau jumpa benda-benda tak sepatutnya.

Bila wa naik ke atas bas semua gelakkan wa. Huh terasa Lampinya diri ini diwaktu itu. Aku hanya terdiam diri kemaluan. eh eh silap. Terdiam diri dek kerana malu. hahahhahaha. Kurang asam tol kan diorang. Mulai dari hari itu aku sudah mula berhati-hati hahahaha. Huh musykil aku dengan diorang, umur setahun jagung dah nak jadi  LELAKI HEBAT . Hebat la sangat, puii
Maaf diatas perkongsian JUJUR dari wa hahahahaha. So bagi sapa-sapa yang masih belum terkena tu sila ambil iktibar . hahhaha. Jom ramai-ramai menerokai RAHSIA LELAKI HEBAT . Eh eh. Lol



Post a Comment

10 Comments

  1. Mung nak kwen dah ke di..haha..berat doh tu..boleh wat kiro slow2 dah tu..,demo beli kata org suruh beli..wakakakaka

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. hai che mat nak beli jugak letew. ahhaahaha

      Delete
  3. Siap ada tutorial bergambar lagi. Hehe...
    Kalau ada cctv...kantoi!

    ReplyDelete
  4. wow.... muda2 dah guna minyak belacak.......power tu bro.... hu3...sengaja kwn tu nak kenakan wadi....

    ReplyDelete
  5. aku ingat dia ada letak gambar mcm mana nak guna minyak belacak tu. HAHHHA

    ReplyDelete
  6. aii muda muda dah pakai minyak, apa barang hihihi

    ReplyDelete