Peserta Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2013 perlu contohi semangat pendaki Everest | Tahniah buat seorang kawan wa yang berjaya menjadi wakil malaysia sebagai peserta Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2013. Sangat bertuah jika mempunyai kemahiran tangan emas seperti beliau. Walaupun masih muda, wa tabik beliau kerana bakat dan kemahiran beliau. Sudah pasti wa bukan tandingannya. Hahahaha.
Semoga berjaya dan dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. InsyaAllah.
From Wikipedia, the free encyclopedia | WorldSkills is a skills competition, jobs and careers event held in a member country every two years.It is a competition for youth from 17 to 22 years to demonstrate their excellence in skilled professions. The competition is promoted and managed by WorldSkills International, formerly known as the International Vocation Training Organisation (IVTO). As of September 2008, WorldSkills International has 50 member countries.
SHAH ALAM 10 Jun - Peserta Pertandingan Kemahiran Dunia (WSC) 2013 yang akan diadakan di Leipzig, Jerman pada 3 hingga 6 Julai ini diminta mencontohi semangat tidak mengalah lima anak Felda yang berjaya menawan puncak Gunung Everest pada 21 Mei lalu.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, walaupun merupakan dua cabaran berbeza, para peserta perlu mencontohi semangat gigih pendaki-pendaki muda sebaya mereka itu mencipta sejarah merangkul pingat emas pertama dalam pertandingan tersebut.
Menurut beliau, sepanjang 10 kali penyertaan dalam WSC, negara tidak pernah meraih sebarang pingat utama seperti pingat emas melainkan berjaya membawa pulang lima pingat kecemerlangan dalam 10 bidang kemahiran yang disertai pada 2011.
"Sehubungan itu, saya berharap peserta-peserta WSC akan berusaha bersungguh-sungguh nanti," katanya.
Beliau yang juga Ketua Kontinjen WSC 2013 berucap dalam Majlis Penyampaian Jalur Gemilang kepada Kontinjen WSC 2013 di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr. Pang Chau Leong.
Ismail berkata, bagi merangsang semangat kesemua peserta yang akan bertanding dalam 14 bidang kemahiran WSC 2013 itu, kerajaan menjanjikan insentif berbentuk wang tunai.
"Sebagaimana insentif kemenangan yang diterima ahli-ahli sukan di negara kita, peserta-peserta WSC 2013 akan diberi hadiah wang tunai sebanyak RM40,000 dan sebuah kereta sumbangan Proton Holdings Berhad jika menang pingat emas.
"Bagi pemenang pingat perak pula akan menerima RM20,000 dan RM10,000 untuk pingat gangsa selain hadiah sampingan dan sijil," katanya.
Antara bidang kemahiran yang akan disertai 14 peserta Malaysia itu ialah memasak, perkhidmatan restoran, elektrik, elektronik, dandanan rambut dan teknologi kenderaan bermotor.
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 Comments