Pengsan Selepas Menderma Darah | Fakta Umum Derma Darah

Pengsan Selepas Menderma Darah | Fakta Umum Derma Darah | Percubaan pertama aku untuk menderma darah adalah dekat PLKN. Siap kena isi borang bagai sebab tak cukup 18 tahun. Last-last borang entah kemana serbu je kaunter Derma Darah tu. Perasaan takut ada, tapi perasaan nak mencuba tu lagi tinggi membuatkan rasa takut tu kurang menonjol hahaha. Tapi percubaan menderma darah wa buat kali pertama menjadi satu tragedi, bila wa pengsan selepas menderma darah.

Alkisahnya terjadi bila tempat derma darah tu terlalu ramai orang dan katil menderma darah adalah terhad. Barisan manusia beratur boleh bayang la panjang dia, berderet-deret. So, biasanya lepas menderma kita diberi rehat paling kurang pun 5-10 min kat atas katil tu kan. Untuk stabilkan diri. Tapi bila turn wa je . Lepas dia cabut je jarum gajah dia tu, terus dia suh wa bangun dari katil tu. Dengan sopan wa membawa diri seakan-akan rasa seperti di anak tirikan. huh.

Dengan terhuyung hayang wa membawa diri ke arah tempat member-member wa lepak. Wa ambil air Milo, sambil tiup-tiup milo panas tu tetiba dunia jadi kelam. Huh. Apakah? terus jatuh kikiki. Tapi pada masa sama rasa macam sedar tak sedar. wa perasan ada org bukak baju wa dan kipas badan wa. Dan terasa jugak la peluh keluar mencurah-curah kahkah. 

Lepas tu ada plak samar-samar wa dengar lembik la kalah pompuan. Huh ada ke nurse tu kata wa lembek!!! Lembek kepala hangguk dia. Ha dapat sebijik. Orang lain ko bagi stay lama atas katil tu, wa plak nk kentut pun tak sempat. huh. dah la ni pestime wa derma darah, nebes pom tak ilang la tau. Haish rasa nak siku-siku je mulut dia. Nasib baik wa tak larat.

Tapi skang rasanya dah lebih 3 kali wa menderma darah.Ternyata tragedi pertama tak menjadi alasan untuk wa terus menjadi seorang penderma darah.Dan membantu sesiapa yang memerlukan. Alhamdulillah selepas tragedi pertama, wa tak hadapi masalah yang sama. Semua ok ok aja.

So seeloknya sebelum korang menderma darah, buat kajian serba sedikit tentang Fakta Umum Derma Darah. Apa yang perlu dan apa yang takperlu sebelum, ketika dan selepas menderma darah. Kat sini banyak orang keliru. 

Ramai orang takut untuk menderma. Dont worry bro, derma darah sangat menyeronokkan. 


.

Post a Comment

7 Comments

  1. aku baru kali pertama derma darah, hebat ar bro dah 3 kali derma darah..

    ReplyDelete
  2. takpe pengsan... aku siap masuk Spital 2minggu...

    ReplyDelete
  3. Moral of the story: jgn tipu nurse bertugas... tak makan lagi kata dah makan... tak elok balik dari gym terus gi derma darah... tak sihat derma darah...

    ReplyDelete
  4. tak pernah derma darah... takut ==

    ReplyDelete
  5. dlu ade rase nak derma darah. tp skrg fobia tgok jarum.. huhu

    ReplyDelete