[PERIBADI] Jari Terkena Mata Kail | KISAH TRAUMA

[PERIBADI] Jari Terkena Mata Kail | KISAH TRAUMA | Sampai sekarang MY masih trauma dengan batang pancing. Bukan kerana batang pancingnya, tetapi kerana mata kail [klik] yang kecil tu. Huih, benarlah orang kata kecil-kecil cili padi, walaupun kecil amatlah berani ia mencium jariku. huh

Gambar hiasan_Sumber Gambar

Waktu kecil-kecil biasalah MY dengan perangai nakal . Setiap hari ada je aktiviti-aktiviti bersama sepupu-sepupu MY. Kalau tak panjat bukit, main sawah, kalau tak ke sawah kami ke sungai , kalau tak ke sungai, main masak-masak. *eh eh alamak kantoi. Ok buat-buat tak nampak apa MY tulis ahhaah. Ha syok kan jadi orang kampung macam MY ni. Memang syok habis. hahaha. 

Alkisahnya bila MY follow sepupu wa pergi mancing kat area kebun arwah atuk kami. Sorang satu batang mancing MY nak gitau. Biasala batang pancing buat sendiri, tradisi turun temurun dari nenek moyang. Di ajar oleh mak MY sendiri hahaha. Batang pancing guna batang pokok salak. Alah batang salak yang berduri-duri tu. Haish gila hang nak guna dengan duri-duri tu. Mesti la buang duri tu dulu. hahaha. Pastu beli mata kail, mesti pilih yang sesuai la, tgok target ikan apa yang nak kita pancing. Tu mak MY pesan la. ahahha. Biasanya kalau nak mancing kat sungai sekadar nak main-main ni mata kail kecil jela. Yela target untuk uikan-ikan kecik cam ikan puyu dan sebagainya. Kalau guna mata kail yang besar mau tak muat mulut ikan tu hahah.

Masa syok-syok MY dok setting nak letak umpan cacing kat mata kail tu, mai lah sepupu MY selamber je lalu dan tersepak tali pancing MY. Apa lagi tersentap. tetiba sekelip mata je mata kail yang dok kt tangan MY ni hinggap kat jari telunjuk tangan kiri. How dare You Dude. Semua tergamam, seolah-olah sedang menonton orang sedang buat TIGER SHOW. huh. Wa relax je. yela tak sakit kan. 

Tapi macamana tu nak keluarkan mata kail tu dari jari  ni ha? cer korang pikir sekejap !!! Macam-macam cara dah cuba, mata kail tu still tak nak tercabut. Argggghhhhhhh apa harus aku lakukan. Sepupu MY dah cuak dah. Semua balik macam tu je sebab mood nak mancing dah tak de. MY balik umah macam-macam peralatan bantuan MY guna semata-mata nak keluarkan benda kecik tu dari jari wa. Dari plyer, ragum kakak tua, dan macam-macam lagi. Semua sia-sia. Sia-sia habaq hang. Last sekali MY kata "Biaq pi la hang, Nak dok situ sangat, duduk la." eh boleh macam tu kan. Boleh pulak MY cakap utara hahha.  So skang ni MY just percaya pada takdir je. ahahah. Terserah padamu wahai mata kail. lama mana hang nak dok situ, duduk la hang

Yang lawaknya MY tak bagitau sapa-sapa pun termasuk family . haahhaha. Yang menyedihkan nye esoknya bukak sekolah. Kalau tak silap MY awal tahun tingkatan 2. Nak dijadikan citer, MY pergi sekolah dengan tangan macam tu je, takde sapa yang perasan hahha. Nampak sangat bakat lakonan yang  ada sangat berkualiti. agagagaa. Yang menyedihkan, haritu cikgu dok suh pi angkat meja dari tingkat bawah ke tingkat atas. OOO magai. Pasal ni korang pikir la sendiri apa yang wa alami lpas tu ahahha.

Sumber Gambar

Ha lebih kurang macam tula MY angkat. Ha camner? Gagahtak... gagah tak ? agaggag

Kalau korang nak tahu camner mata kail tu tercabut, alkisahnya 3 hari kemudian, lepas mandi bersiap-siap nak pergi sekolah. (biasala murid contoh, mcam tu keadaan pun still nak p sekolah kan agagag) (macam la teruk sangat huh). Lepas mandi, MY cuba gerakkan tangan wa macam sentap-sentap gitu. ahahah How to say ek? Ah lantak p la asalkan korang faham. Tetiba mata kail  tu tercabut dari jari ni. Waaa. alangkah seronoknya hati ni masa tu, seperti baru mendapat anak sulung. aaggagaga. Rupa-rupanya jari MY dah bengkak dan bernanah kat dalam, so mata kail yang tersangkut tu boleh keluar dengan senang, walaupun tanpa guna tenaga tarikan yang kuat . hehehe.

Lepas je peristiwa tu, MY makin jauh dengan mata kail. Kalau boleh dengan pancing-pancing tu sekali. ahahah. Ni la KISAH TRAUMA [klik] MY yang belum dicerita lagi kat sapa-sapa.

.



Post a Comment

7 Comments

  1. eiii..ngeri gler..
    cmm tipu je.
    sure darah2. eiiii...fiksyen lebih ni ...ahahaha

    ReplyDelete
  2. Warghhhkh.. mata kail, pisau gillet la gua paling fobia.. terbayang peristiwa lalu kena tikam dengan mata kail.. owh tidak.. gua menangis berlagu2.. sejak dari tu gua dh tak pernah memancing walaupun teringin..

    ReplyDelete
  3. jangan buat hal terutama yang berkarat punya.

    ReplyDelete
  4. serem banget nih om http://androoz.com/

    ReplyDelete
  5. pernah memancing 1x sahaja dan takut dah dengan mata kail. haha masa tu zaman darjah 3-4 macam tu kot. dapat ikan keli, tu pun goreng je. haha

    ReplyDelete