Curi Tulang Ketika Kerja | Bekerja Mencari Rezeki Halal


Curi Tulang Ketika Kerja | Bekerja Mencari Rezeki Halal | Bekerja mencari rezeki halal bukan sahaja bermaksud jangan bekerja di kilang pembuatan arak, di kandang kandang babi yg jinak, bekerja sebagai pelayan yang menghidangkan arak, atau apa sahaja lah yang berada dalam kontek haram ni. Mencari rezeki yang halal juga bermaksud bekerja dengan bersungguh sungguh, walaupun tiada dalam penerangan kerja, masa dapat offer letter tu, tapi, itu la yg dikehendaki oleh majikan kita. Hendaklah kita melaksanakan kerja dengan amanah dan penuh tanggungjawab.

Sikap suka meninggalkan tugas sehingga menyusahkan orang lain adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Malah, ia juga boleh dikategorikan sebagai khianat atau ‘curi tulang’ iaitu sikap orang malas yang sentiasa mengharapkan habuan dan pertolongan orang lain.

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Dilaknat Allah sesiapa yang menyusahkan orang-orang beriman atau membuat kecoh terhadapnya.”


Golongan begini mensia-siakan amanah yang diberikan dan masa yang diperuntukkan kepadanya. Kesannya apabila kesuntukan masa orang lain yang terpaksa memberikan bantuan. Bukankah itu menyusahkan orang lain, malah jika tidak diberikan bantuan, dipersalahkan pula atas alasan tidak memberikan kerjasama. Ini mengakibatkan perselisihan, kekecohan dan kemarahan.

Pekerja curi tulang hilang keberkatan rezeki. Itu termasuk perbuatan tidak amanah lain seperti curi tulang dengan tidur atau keluar minum sesuka hati dalam waktu bekerja, mencuri masa dengan melengah-lengah kan kerja yang dipertanggungjawabkan semata-mata untuk membuat tuntutan kerja lebih masa. Rezeki yang diperolehi dengan cara ini adalah tidak halal.




Post a Comment

7 Comments

  1. tak berkat rezeki kalo keje curi tulang ish3x

    ReplyDelete
  2. Ada no tipun org yg tidur tu tak...?? nak tanya mana dia tempah kotak tu?? >..<

    ReplyDelete
  3. kreatif ja kalo bab mengular nie kan hahaha
    www.kucinghitam.net

    ReplyDelete
  4. taktik terbaik nak curi tulang . HAHHA . bile ALLAH dah bagi amanah kene jalankan . pernah dekat office mak aku , aku call office sbb mak aku tinggal hp . tak ada sapa angkat . balik aku cite dekat mak aku, mak aku ckp dorang tutup volume tepon sbb malas nak angkat call . padahal tepon tu dekat tempat mak aku, mak aku kene marah sbb org penting cll mak aku tak angkat habis bos mak aku panggil . kalau dpt keje tp malas nak keje baik bagi org yang betul2 perlukan keje .

    ReplyDelete
  5. kalau waktu rehat xpa kan.. hehe

    ReplyDelete
  6. Semoga kita dijauhkan dari buat perkara-perkara tak berfaedah camnie.. Setakat nie pernah break lama je. hahahah! tak pernah lagi la tidur tempat kerja.

    ReplyDelete
  7. Baik2 rezeki halal, silap2 boleh jadi haram juga kan..

    ReplyDelete