20 Ciri-ciri lelaki Idaman WANITA | TIP PIKAT WANITA | Lelaki sering bicara ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya tetapi pernahkah lelaki tahu bahawa wanita juga mempunyai ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman mereka?.
sumber foto akustressgiler.blogspot.my
Sama ada perlu atau tidak ciri-ciri lelaki idaman wanita yang disenaraikan, adalah perlu diberi perhatian walaupun kita tahu lelaki bukan seorang yang sempurna tetapi jika memiliki kebanyakkan ciri-ciri yang tersenarai adalah kelebihan bagi lelaki mendapat tempat dihati wanita.
Senarai dibawah adalah 20 ciri-ciri lelaki idaman wanita yang perlu diketahui oleh setiap lelaki untuk menilai sendiri dimana tahap kualiti yang mereka ada mengikut pandangan seorang wanita.
1. Bertanggungjawab - Perkara utama yang menjadi keutamaan bagi wanita adalah bertanggungjawab. Ianya menjadi perkara asas dalam hubungan lelaki-wanita yang mampu memikat hati wanita kerana sifat anda itu.
2. Bersikap terbuka - Bersikap terbuka bukan bererti anda merelakan mereka bergaul bebas dengan lelaki lain tetapi bersikap terbuka dalam menerima pandangannya dan cadangannya menjadi anda bersikap seperti "profesional".
3. Jangan bersikap terlalu berahsia - Wanita mengharapkan lelaki yang dimilikinya tidak menyimpan terlalu banyak rahsia. Baginya apabila mereka sudah memiliki kamu, maka kamu adalah milik kamu sepenuhnya dan rahsia kamu bukan menjadi rahsia lagi.
4. Jujur - Sifat biasa yang dikehendaki oleh setiap orang adalah jujur. Jujur pada setiap tindakan dan tingkahlaku walaupun kamu berjauhan darinya.
5. Baik Hati - Baik hati adalah perkara biasa yang kita dengari dan menjadi syarat kebiasaannya bakal "mak mertua". Sifat baik hati akan menjelaskan segala-galanya tentang diri kamu yang sebenar dan ia menutup sifat hipokrit yang ada pada kamu.
6. Bukan Seorang yang panas baran - Tentunya lelaki jenis ini amat dibenci oleh wanita kerana mereka perlukan seorang yang mampu membuatnya selamat dan tenang dan bukannya seorang yang paling mengancam nyawanya.
7. Penyayang - Sifat penyanyang membuatnya mereka selesa ketika bersama kamu dan jaminan kamu akan menyayangi bakal anak-anak kamu. Tetapi awas jangan tunjuk sifat penyayang kamu secara berlebihan kerana ia akan membuatkan kamu dilabel seorang yang gatal!
8. Prihatin - Memiliki sifat prihatin membuatkan kamu sentiasa mengambil tahu tentang dirinya. Ianya membuat kamu sering memenangi "First Man Win" kerana kamu sentiasa menjadi lelaki pertama yang menghulurkan bantuan kepadanya.
9. Tidak Sombong/Tidak angkuh - Kelebihan yang ada pada kamu adalah anugerah dan jika kamu sentiasa mengharap pujian sehingga menimbulkan perasaan angkuh dan bongkak menjadikan kamu seorang pantang dipuji. Berhemah dalam menerima pujian pastinya kamu dianggap merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki oleh kamu.
10. Beriman - Sifat yang paling penting bagi seorang lelaki terutamanya bagi orang muslim adalah beriman. Ciri-ciri ini memuatkan lelaki dipandang tinggi, dihormati dan lelaki soleh paling dikehendaki.
11. Menghiburkan - Berlawak jenaka dan memiliki sifat melucukan membuat kamu sentiasa membuatnya ketawa. Setiap kali bersama kamu suasana pasti ceria dan ia akan membuatkan kamu sentiasa diingati.
12. Bukan Mata Keranjang - Lelaki bermata keranjang membuatkan wanita tidak selesa. Kedudukannya terancam walaupun kadangkala bukan niat kamu sebenarnya. Melihat wanita lain membuatkan mereka merasakan mereka bukan pilihan terbaik kamu.
13. Bukan Playboy - Tentunya ciri-ciri yang dimahukan oleh wanita adalah bukan jenis kasanova dan playboy. . Jika anda mempunyai sifat playboy kamu akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka bakal dimadukan kelak.
14. Dapat menerima kritikan - Sekiranya kamu membuat kesalahan mereka mengharapkan kamu bersedia menerima teguran dan kritikan untuk kamu membetulkan segala kesalahan kamu. Jangan ego dan angkuh dengan kesilapan kamu.
15. Terima Pasangan Seadanya - Menerima mereka seadanya walaupun kurang dan lebihnya mereka adalah jalan terakhir untuk kamu dipilih sebagai calon suaminya.
16. Hormat Ibubapa dan keluarga - Sebelum kamu melamarnya, kamu perlu berjumpa kedua ibubapanya dan disitulah kamu diuji sebelum mereka meluluskan bahawa kamu calon menantu pilihannya. Baginya jika kamu memilikinya maka kamu perlu menerima kehadiran kedua ibubapanya dalam hidup kamu.
17. Rajin - Sifat yang menambahkan kualiti kamu adalah sifat rajin. Jika kamu jenis yang suka membantu maka sedikit sebanyak kamu akan mendapat kredit daripada orang-orang disekelilingnya. Tentunya reputasi kamu akan meningkat.
18. Berjiwa Lembut - Berjiwa lembut bukan bermakna anda perlu berpewatakan lembut. Memiliki jiwa yang lembut membuatkan kamu lebih memahami, menyayangi, mengasihi dan sebagainya.
19. Menjadi pendidik yang bagus - Jika anda mampu membawa perubahan kepadanya kearah yang lebih baik maka anda juga mendapat tempat untuk menjadi suami dihatinya. Baginya suami adalah pendidik, pembimbing kepada isterinya. Apabila mereka mula serius dengan anda, tentunya pilihan No.19 menjadi amat penting.
20. Tak "Handsome" pun tidak mengapa - Baginya rupa paras bukan menjadi keutamaan sekiranya anda memiliki 19 ciri-ciri diatas anda tetap akan menjadi pilihannya. Bak kata pepatah "Rasa sedap durian bukan dari bentuk kulitnya tetapi isinya yang ranum".
Ciri-ciri diatas adalah ciri-ciri lelaki yang menjadi "idaman" wanita. Walaupun kadangkala wanita tidak dapat memiliki lelaki seperti yang diharapkan, semoga lelaki menyedari apa yang dimahukan oleh wanita dalam diri seorang lelaki.
_ Sumber
2 Comments
hyeeeee..terjah sini ^_^
ReplyDeletethanks for the tips.. :D
ReplyDelete