Inikah Budaya Kita ?

Inikah Budaya Kita ? | Walaupun sudah bertubi-tubi amaran dan ugutan saman dikeluarkan oleh pihak tertentu, mereka seakan-akan sangat kebal dengan semua tu. Tak usah dicari contoh yang jauh diseberang sana. Perkara ni boleh diambil contoh di pangsapuri tempat aku menginap sekarang. Tak tahu la apa nak cakap lagi. Rasanya semua ada Otak. Tapi kemana diaorang guna otak tu untuk berfikir ya? hmmm.

Mungkin bukan semua yang buat begini, tapi walaupun seorang sahaja yang buang sampah, sudah cukup untuk memperdaya yang lain untuk turut serta. Hodoh akibatnya

Hakikatnya memang inilah tabiat yang kebiasaannya wujud di kalangan orang kita. ‘Biar rumah orang kotor, asalkan rumah kita cantik!’.

Post a Comment

0 Comments