Alhamdulillah sekali lagi gua dapat satu tips untuk merawat kanser. Jika entry dulu melibatkan perubatan cara menggunakan ayat suci Al-Quran, tapi kali ini pulak melibatkan makanan.
SERDANG : Satu kajian yang dilaksanakan oleh sekumpulan penyelidik tempatan mendapati tapai ubi mungkin mampu membantu mencegah kanser kerana mengandungi banyak bakteriosin.
Kajian awal yang dijalankan oleh sekumpulan pakar di Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, bakteriosin - sejenis protein yang dihasilkan melalui proses penapaian - memberi hasil positif terhadap aktiviti antikanser.
Sehubungan itu, satu kajian terperinci akan dilakukan oleh Pensyarah Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains UPM, Dr Latifah Saiful Yazan, yang menerima geran bernilai RM20,000 daripada Majlis Kanser Nasional (Makna) bagi tujuan itu.
Dr Latifah berkata, walaupun bakteriosin dikenal pasti menunjukkan tindak balas yang positif untuk menggalakkan aktiviti antikanser, ini tidak berpotensi bagi mengubat penyakit berkenaan. Kajian yang akan dijalankan adalah kesinambungan kepada penyelidikan yang dibuat rakannya, Prof Madya Dr Foo Hooi Ling, yang berjaya mengekstrak bakteriosin berkenaan daripada tapai ubi.
Kajian awal kita mendapati tapai ubi berpotensi mencegah tujuh penyakit kanser seperti servikal, ovari, payudara dan leukimia, katanya pada sidang media selepas menerima geran penyelidikan Makna di sini, semalam. Geran itu disampaikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha. Selain Dr Latifah, penyelidik Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Lim Moon Nian turut menerima geran RM30,000 bagi penyelidikannya mengenai kanser.
Dr Latifah berkata, bacteriosin yang dihasilkan oleh tapai ubi mampu bertahan dalam suhu tinggi, iaitu sehingga 121 darjah Celsius. Jika kajian ini berjaya, satu produk makanan berasaskan bakteriosin mungkin dapat dihasilkan untuk mencegah penyakit kanser. Bahan itu juga boleh digunakan sebagai ubat tahan dalam industri makanan, katanya.
Sumber : MALAYSIA FOOTBALL TEAM
Sama-samalah kita berkongsi. Apa yang baik kita cuba ikhtiarkan. Insyaallah dengan izin dari-NYA . apapon jua bisa berlaku.
Sama-samalah kita berkongsi. Apa yang baik kita cuba ikhtiarkan. Insyaallah dengan izin dari-NYA . apapon jua bisa berlaku.
9 Comments
bagus entri ni, terima kasih atas perkongsian.. :)
ReplyDeletesama2 :)
Deletewow... nie nak makan tapai nie :)
ReplyDeletehahahaha mohon cari n beli skang bro
Deletecamno eh, aku lagi suka makan tapai pulut.
ReplyDeletekalau aku makan tapai pulut, tapi bayangkan sedang makan tapai ubi..agak2 ko ada kesan x?
ha elok latu tok.. nanti keberkesanannya jugak tok leh bayangkan hahahahah
Deletelapar la pulak....omnomnom
ReplyDeletetp boleh ker utk ketumbuhan di pembuluh darah di bahagian kiri leher antara leher n telinga
ReplyDeleteMGKIN KAMU BOLEH CUBA UNTUK GUNA LOTION INTENSE ENERGIE BC100
ReplyDeleterujuk sini : http://www.mawardiyunus.com/2014/08/intense-energie-bc100-miracle-lotion.html