MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W | MAKANAN BERKHASIAT

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W | MAKANAN BERKHASIAT | Adakah kita pernah terfikir akan makanan kegemaran bagi Rasulullah SAW ? dan kenapa Rasulullah SAW memilih makanan makanan tersebut? 


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan. Ia juga perlu dimakan pada masa BERSALIN

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, memberi tenaga danmembersihkan usus

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat.

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

-Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 
-Mencuci perut 
-Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan --menolaknya ke usus besar 
-Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 
-Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak                         memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. DELIMA – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – makanan Nabi Muhammad (SAW) digunakan untuk makan dengan minyak zaitun. 
Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati

Minuman Manis dan Sejuk 

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah SAW ada menyebut 

"Ya Allah kurniakanlah saya dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" 

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan. 

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 
2. Bacalah " Bismillah" 
3. Minum dengan tiga nafas 
4. Minum dalam keadaan duduk 
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat

Jadi jika ini adalah sesuatu yang baik , sudilah kiranya ia di kongsi bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Insyaallah Hidupkan Sunnah Rasulullah SAW.


Post a Comment

10 Comments

  1. Rasulullah adalah contoh terbaik..
    Semoga kita beralih kpd sunnah dan cara hidup nabi. Terima kasih berkonsi kebaikan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat dengan bro.. Insyaallah sama2 :)

      Delete
  2. nak copy simpan dlm diari boleh? heee..

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing info yang berguna

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas informasi ni. Berguna sangat... Kadang-kadang makanan macam ni kita nampak biasa je kan, tapi sebenarnya banyak hikmah kalau makan. :)

    ReplyDelete
  5. informasi yang sangat baik..elok berkongsi bersama sebagai panduan..

    ReplyDelete
  6. saia suka makan buah tin,,:D

    ReplyDelete
  7. kat mne nk dpt madu yg pure kat malaysia ni ekh?? kebanyakkannya campur gula

    ReplyDelete