Deria Sentuhan Organ Dalaman kita pada Bawah Kaki | Refleksologi |

Deria Sentuhan Organ Dalaman kita pada Bawah Kaki | Refleksologi | Pernah tak korang melihat orang mengurut dibahagian bawah tapak kaki? Tapi kesannya seluruh tubuh akan rasa sihat. Kalau tak silap wa cara rawatan ni dipanggil Refleksologi. 

Pusat Rawatan Komplementari Al-Syufia : BEKAM & REFLEKSOLOGI | Refleksologi bukanlah satu pengubatan. Dalam kaedah urutan refleksologi ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan. Rawatan melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan. Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari sakit.

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita.

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

Tindakbalas Selepas Urutan Refleksologi

* Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa. Kadang-kadang ada yang keluar berpasir.
* Bahagian-bahagian tertentu dari anggota akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian akan    hilang dengan sendirinya atau kesakitan itu akan berpindah ke tempat lain.
* Rasa letih, lesu dan mengantuk.
* Timbul gatal-gatal pada kulit
* Berak cair atau berminyak
* Kepala terasa sakit
* Muntah-muntah
* Banyak buang angin
* Urat darah nampak timbul
* Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat
* Rasa lebih ringan dan lebih cergas

MashaALLAH..Subhanallah..

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."

Semoga kita semua diberikan Allah kehidupan yang sihat rohani dan jasmani. Bersama-samalah kita kongsi untuk pengetahuan  kita :)



Post a Comment

6 Comments

  1. bestnya kalau ada tukang urut la ni

    ReplyDelete
  2. owh. baru tahu. thanks dude.

    ReplyDelete
  3. walawei... baru tahu... serius nie... ishhh bestnya kalau kaki aku kena urut

    ReplyDelete
  4. time2x penat nie, siapa lah boleh urutkan kaki aku nie..dah lama tak mengurut nie, basenya aku yang kena urut orang..

    ReplyDelete
  5. oh gitu rupanya..tiap kawasan tapak kaki ada bahagian dia..nice2

    ReplyDelete
  6. best nya kalau dapat urut kaki.....sodap.....

    ReplyDelete