Lintah Dalam Kangkung | BERHATI-HATI KETIKA MEMAKAN KANGKUNG | Waspada ketika memakan Kangkung tumis, Kangkung rebus dan segala bagai jenis masakan Kangkung ni. Kenapa?
Mungkin cerita ini dapat dijadikan perhatian kepada kita semua ketika hendak memakan sayur KANGKUNG.
Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua doktor kebingungan kerana ada seorang budak kecil yang menderita sakit perut. Budak itu dibawa ke klinik oleh ibu bapanya setelah 2 hari menderita cirit-birit. Sudah pelbagai macam ubat sakit perut yang diberikan kepada budak itu, namun cirit-birit masih tidak sembuh. Kemudian, ibu bapa budak tersebut ditanya doktor,
"makanan apa yang dimakan oleh anak anda dalam 2 hari ini?"
"ibubapanya bingung, kerana sejak anaknya cirit-birit, anak mereka tidak mahu makan dan hanya meminum susu dan itupun dimuntahkan balik.
Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita cirit-birit, budak berkenaan telah memakan Kangkung Tumis di restoran bersama kedua ibu bapanya. Doktor segera melakukan X-RAY dan ternyata dalam usus anak tersebut telah membiak LINTAH dengan anaknya yang kecil-kecil.
Doktor menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medik apapun kerana kes sedemikian adalah luar kemampuan mereka. Akhirnya, budak malang itu pun MENINGGAL DUNIA. Setelah diperiksa kembali, ternyata Lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.
Memang, untuk penggemar kangkung tumis, bahagian yang paling sedap adalah BATANGNYA. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walaupun dimasak selama 20 minit, apalagi untuk kangkung tumis, proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap dan rangup ketika dikunyah. Lintah hanya akan MATI jika DIBAKAR.
Di dalam usus budak malang itu, lintah hanya perlu masa 1 - 2 hari untuk membiak. Jika ada keluarga atau sahabat yang mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (boleh dihasilkan daripada rokok tembakau) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati.
Dan disarankan bila anda memasak kangkung sila belah batangnya dan bersihkan dengan air secukupnya.
Mencegah lebih baik dari merawat.
sumber : Mazeer Mohamad
.
13 Comments
aaarrrgggghhh... terasa menakutkan plak nak makan kangkung!!!
ReplyDeletehahhaha.. kena hati2 la kalau nak makan ngeeee
Deletegeli tekak baca..huhu.. tauke kedai tu tak cuci betul2 ke?? ayoo.. so pengajarannya..elakkn makan kat luar..kebersihan diragui..huhu
ReplyDeletehahahah kalau kt umah pon kena la hati2 jugak... kan kan kan
Deleteeeeeee ape tue? >.<
ReplyDeletelintah.. hehehhehe
Deleteerrkkk, xmau makan batang kangkung dah
ReplyDeletehahahah... kalau nak makan boleh..tp kena la hati2 kan
Deletemenakutkan + menggelikan..loya tekak erkk ya Allah minx dijauhkan semua ini ><
ReplyDeleteinsyaallah... hati2 la kalau nk makan sesuatu ye :)
DeleteIskkkk...taku aku mendengarnya...huhuhuhu
ReplyDeleteItu gambar real ker bro
hahahah.. rasanya betol la kot.. ngeee. apapon kena hati2
Deleteayoyoo gelinyee
ReplyDelete