Kucing kesayangan Rasulullah SAW | Kisah Kucing

Kucing kesayangan Rasulullah SAW | Kisah Kucing | Malam ni waktu wadi dok sibuk buat sketches untuk kelas studio esok. Datanglah seekor kucing gebu dan comel. hehe. Nampak gaya macam lapar. Tiba-tiba roomate wadi datang bawak meggi menyapa kucing tu huhu. Tiba-tiba dua-dua hilang entah kemana.

 Bila wadi selesai buat sketches dan masuk ke bilik.

AMBOI... AMBOI..
Bila diusik sikit macam ni plak dia tido.

Aololo comeynyo :)
Alamaknya malam ni membe wadi tido bertemankan kucing la.. huhu

Tapi bila kita bercakap pasal haiwan comel ini teringat pula dengan kisah kekasih ALLAH iaitu Nabi Muhammad SAW.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. 
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. 
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. 
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan mungil kucing baginda itu sebanyak 3 kali. 

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri. :)

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. 

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya Nabi, isteri Nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. 

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

yak bokte , kekoh idung ambo plop. hahha 
p/s : sayangi kucing :)

Post a Comment

14 Comments

  1. rumah saya banyak kucing! hehehe

    ReplyDelete
  2. Si riben merah ~~ ramai jugak kawan2 saya yang takut kucing huhu

    ReplyDelete
  3. nadea~ wah.. banyak la pahala aak ye :)

    ReplyDelete
  4. hehehe seronok bela kucing ni. serabut kat kepala pun boleh kurang tgk keletah diorang.

    ReplyDelete
  5. nak letak name kucing aku muezza la pasni.. hehe
    (menaip sambil ditemani kucing di kaki.. kikiki)

    ReplyDelete
  6. kalau yang alahan dengan bulu ni macam mane?????????????
    na bela kucing juga!!!
    =)

    ReplyDelete
  7. pakai gogle la cik princess huhu

    ReplyDelete
  8. saya suka sangat kucing.
    alahai tapi pernah dulu
    abah saya terlanggar sendiri kucing tu,
    rindu kenangan bersama kucing,
    sbb abah benarkan tidur sama2
    best sangat

    ReplyDelete
  9. uih, mesti masih teringat kat dia lagi kan :)

    ReplyDelete