Biar apa saja panggilan kita terhadap mereka, Kawan, sahabat, rakan, geng, saing, teman, dan apa je lah istilah lidah ,ia adalah hanya sekadar istilah atau perkataan yang keluar dari mulut setiap individu. Apa yang penting keikhlasan dan kepercayaan terhadap diri masing-masing.
Berkawan pun ada FREE TRIAL jugak ker. Haha. Itu terpulanglah pada individu masing-masing nak mendefinisikannya yer. Tapi kalau kita tengok zaman sekarang ni, macam-macam boleh jadi. Ada yang lalai , ada yang taat dan macam-macam ragam perangai lagi .
Yang penting kita jaga pergaulan kita, saling berpesan pada yang lain dan diri sendiri. itu dah jadi satu dakwah .huhu. Janganlah kita abaikan mereka . Kita tahu kita kongsi, jika mereka tahu mereka kongsi.
Sepertimana Sabda Rasulullah S.A.W :
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.
Sesungguhnya apabila matinya seorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Tapi persoalannya ramai di antara kita pula suka memutuskan ikatan suci silaturrahim.
Kerana apa? hanya kerana menjaga EGO masing-masing.
Mereka lebih menjaga harga EGO diri dari tercemar daripada mempedulikan hukum halal haram yang ditetapkan oleh ALLAH .
Dan janganlah sesekali kita bermusuhan antara kita, umat Nabi Muhammad SAW, kerana ianya adalah dilarang sama sekali di dalam islam dan menjadi satu dosa besar.
(wah skema sekali ayat disitu)
Dalam sebuah lagi hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis riwayat Muslim).
Baginda bersabda lagi: “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturahim.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)
Jadi jagalah persahabatan kita , jika kita takut akan azab-Nya.

Apa yang saya tahu, Kawan itu membahagiakan , betol tak kawan-kawan?
YaALLAH izinkan aku hijrah ke jalan-Mu
2 Comments
Betol sekali kawan :D, tiada kawan hidup terasa hampa.
ReplyDeleteha ah, pasti x ada asam garamnya.. ;)
ReplyDelete