HANTU TINDIH | Antara Kepercayaan dengan Reality | Wa ada benda menarik nak kongsi dengan korang semua, Ni pasal kepercayaan orang kita pasal hantu.
ingat lagi tak pasal gambar nie.. huhu ( tapi gambar ni tak ada kaitan pon, saje letak. hikhikhik) |
Hari ni nak kongsi pasal HANTU TINDIH. Aku pasti bukan aku aje pernah mengalaminya, tp korang pon sama kan. Dah banyak cerita pasal HANTU TINDIH ni aku dengar, semuanya dari kawan-kawan la. Jalan cerita semuanya hampir sama. huhu. Adakah hantu ni ada persatuan TINDIH MENINDIH. ahhaha. Benda ni membuatkan aku tertarik lagi bila ramai yang persoalkan tentang kewujudan hantu tu. Aku ada juga dengar cerita yang HANTU TINDIH ni bewarna hitam dan wajahnya tidak boleh nampak.
Yake?
Pengalaman aku kena tindih kat hantu memang ada, iaitu waktu time sekolah-sekolah , terutama time sekolah menengah dulu. Tapi skang dah tak ade dah. Pelik pulakkan.
Atau, adakah fenomena ini hanyalah satu tindakbalas tubuh yang semua orang boleh mengalaminya?atau adakah pengalaman kena tindih masa tidur ini hanya kepercayaan karut masyarakat melayu, atau ia benar-benar terjadi kerana adanya ‘makhluk halus’ yang membuat kacau?
Hahah. ini yang menarik perhatian wa. Ada sebuah buku ada menceritakan segmen pengalaman menyeramkan. Ramai antara kita khususnya yang berbangsa melayu menterjemahkan bahawa kena tindih seperti tak boleh menggerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada. nampak benda-benda pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya).
Jika anda nak tahu ia ada kaitan pasal biologi tubuh badan manusia. Untuk pengetahuan anda Fenomena hempap/tindih ni mempunyai nama medicalnya iaitu 'sleep paralysis'.
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur' adalah condition yang terdiri daripada paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time-time nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tido (hypnopompic paralysis).
Kebiasaannya, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM stage (rapid eye movement) . Waktu nyenyak ni, bijik mata kiter bergerak-gerak. Otak akan bagi tau badan kita suruh rehat. So, badan kite kira macam switch off kejap.REM atonia (tade muscle tone).
Otak kiter pun ada switch off button dipanggil RAS - Reticular Activating System. Bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni. So tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas, etc.) jer yang on. Kirenyer macam hibernate la.
So, bila kita bangun, RAS switched on balik, kita sedar fully awake state tapi kadang-kadang, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kiter. Maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika sebelum otak nak activate balik.mmg menakutkan tapi benar.
Tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full. Kadang-kadang partial atau sebahagian jer. Tu ade yang boleh gerakkan ibu jari tapi badan lain lumpuh, etc. Dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) samada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik), visual (nampak benda-benda yang bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa macam ada sesuatu yang sentuh/hempap/ tindih, dll.)
1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama.(so jangan tido terlentang lagi, ikutlah sunnah RASULULLAH SAW)
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidur )
4. stress yang banyak kat otak... masalah keluarga, kewangan, lain-lain
5. pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba(selalu dok lepak rumah jer tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal.aktiviti extreme)
6. orang yang ada penyakit narcolepsy
p/s : So janganlah lagi percaya kononnya kena tindih dengan hantu. hehe. think positive guys.
Apa-apa pun hanya ALLAH yang tahu. Antara Kepercayaan dengan Reality
13 Comments
ohhh. bru tau..
ReplyDeletethankz ar ea share bnde2 gni.
huhu.. nipon dari buku. tak pasti kebenarannya. tp mungkin leh tanya student atau pakar dalam bidang perubatan .. apapon yr welcome ;)
ReplyDeletesalam,, bende ni da penah bace dari buku,, thanks for sharing,, nak mntk izin share,, bleh?
ReplyDeleteboleh 2.. heheh.. mmg untuk share pon..
ReplyDeletegood info ni .... nk share jg la benda ni ... ceduk sikit ble ye, pernah jg kena, pernah banyak kali juga la bila nak release tu dengar ketawa macam puas la yang ketawa tu kenakan aku
ReplyDeletehhaha uih sampai dengar ketawa.. lagi hebat
ReplyDeletePercayalah kewujudan Jin itu..Iblis dan syaitan berada di keliling anda...!!
ReplyDeleteitu mungkin secara biologinya.. hehehe
ReplyDeletehmm mungkin bleh pakai gak alasan secara ilmiah tu bro.
ReplyDeleteBg aku, hantu tak wujud..hanya jin dan syaitan je tu. Tp aku ade gak pengalaman kene tindih2 ni. Aku dgr bende tu tgh mandi lam bathroom! then bende tu jalan (mase tu floor umah aku kayu so dpt dgr la bunyi dia jln tu)..pastu tetibe aku rase ade bende berat dok lepak atas aku, dlm gelap ape pun xnampak! mulut nak sebut bismillah pun xdapet..mulut aku kejap cam xleh nk buke..langsung xleh nk buat ape, pastu badan aku tetibe rase ringan..then aku dengar pintu rumah aku dibuka (aku assume yg bende tu dh nk keluar dr rumah aku kott)...tu la true story aku.
Semenjak tu , aku elak drpd tertidur di ruang lapang cam tempat lalu lalang cam kat ruang tengok tv umah...ngeri kott!!
haha.. samalah pengalaman ngn aku... tp bunyi2 tu xder.. suma dpt rasa ditindih dan rasa diangkat dan terbang di awang2an.. rasa est pn ada.. tp skang ni dh xkena dah..
ReplyDeleteaku selalu jugak lah kene benda mcm ni laei laei eden ni suka tido petang . HAHHA . orang yang pernah kene mcm ni je lah tahu mcm mana perasaan tu . wallahualam , mungkin sbb faktor2 yang bro bg tahu and diganggu makhluk halus . tiap org beza2 . HAHHA
ReplyDeletepernah juga terjadi...... sleep paralysis nie....
ReplyDeletebila kekadang penat sangat
tak pernah lagi kena ;)
ReplyDelete